Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Ticker

PENGALAMAN SEMESTER 4 DIPLOMA PENGURUSAN LADANG UITM MELAKA KAMPUS JASIN



Pengalaman Sem 4 DPIM Diploma Perladangan Dan Agroteknologi Uitm Melaka Kampus Jasin (DPIM) 

Assalamualaikum. Berakhir juga semester 4 ni walaupun rasa macam perit sangat dengan subjek yang sangat susah. 

Semester ni boleh dikatakan majority assignment group sampaikan aku rasa pening gila nak pilih grup members yang TAK PEMALAS & TAK CAKAP BELAKANG.

Macam biasa lah aku mulakan dengan setiap subjek yang aku belajar untuk semester ni.

1) ENTOMOLOGY.

All about insects. Mula daripada maksud insects tu sendiri dan berakhir dengan cara-cara nak atasi. Aku memang jenis yang sangat takut dengan serangga. Tengok pun aku geli inikan pula nak pegang ! 

Assignment pula terbahagi kepada dua. Assigment pertama individu. Yang kedua pula group. Untuk individu aku kena lukis serangga mengikut order yang diberi , ada dalam 20 lebih jugak lah. Bayangkan macam mana aku nak lukis serangga tu sedangkan aku ni memang bodoh gila bab melukis. Last nya aku tekap je guna laptop. Korang ambil je kertas A4 dan carik gambar lukisan untuk insect. Terangkan cahaya dekat laptop dan kau letak je kertas a4 tu dekat laptop. Confirm dapat tekap punya.

Yang kumpulan pula aku kena cari serangga yang hidup lepas tu matikan dalam killing jar , cucuk letak dalam insect box & cari information pasal serangga tu. Kiranya yang group ni lah paling aku kecewa sebab dapat member yang pemalas dan ego melangit. Ento juga ada lab setiap minggu. Salah satu lab report yang aku buat adalah lukis bahagian kaki. 


2) SOIL.

Semester lepas memang ada belajar Soil. Tapi kali ni aku belajar tentang problematic soil. Assignment kali ni kena buat video mengikut kretiviti kumpulan tu sendiri. Senang cerita aku memang tak reti soil, apa yang aku baca pun payah betul nak paham. :( Tapi alhamdulillah kali ni dapat juga carry marks antara yang tertinggi walaupun blur sentiasa dalam kelas :p Yang pasti aku tak meniru ye. Semua usaha sendiri.


3) INDUSTRIAL RELATION (IR).

Subjek ni lebih kurang sama dengan Human Resource dan assignment yang diberi juga kumpulan. Cari surat khabar, keluarkan isi penting, cara mengatasi, hantar dan present. Kiranya masa ni group aku kena sabotaj dengan budak kelas. Tapi takpa aku anggap ini semua ujian dan harap Allah balas perbuatan diaorang satu hari nanti sama ada cash atau akhirat sana. :) Walaupun kena sabotaj, group aku tetap dapat markah tinggi :)


3) HUMAN RESOURCE (HR). 

Lebih kurang sama macam IR. Cuma subjek ni banyak buat presentation dan boleh dikatakan hampir setiap soalan yang ditanya aku main belasah aja dengan muka confident. Confident level tu kena tinggi, salah ke tak belakang kira tapi nampak sangatlah lecturer aku tau sebab pernah cakap "betul ke?" . BTW i got A for this subject keh.


4) BASIC AGRICULTURAL ENGINEERING.

Berdasarkan tajuk memang dah boleh tangkap ni subjek apa. Aku belajar pasal enjin bermula daripada benda basic iaitu jenis-jenis alatan tangan sampailah kira-kira. Subjek ni pun aku blur-blur katak dan selalu otak aku melepet bila duduk dalam kelas, mungkin sebab subjek ni aku tak minat macam aku minat IR dengan HR.

Dalam kelas aku majority dah ada lesen jadi diaorang memang faham setiap inci enjin yang lect terangkan. Cuma masa ni memang nampak guys seronok dan fokus dalam kelas. Aku? Menguap je.


5) COST & MANAGEMENT ACCOUNTING.

Sama macam akaun semester lepas juga tapi kali ni lagi best dan asgmnt pun makin payah. Bersyukur sangat dapat group members yang rajin dan paling penting pandai, kalau tak payah lah weyh nak harap otak aku je. Lama-lama cair. A juga dalam tangan.


6) AGRICULTURAL RESEARCH METHODS.

Subjek statistik adalah yang paling aku tak suka sebab chapter yang terlampau banyak dan banyak anak-anak chapter. Mula-mula okay je aku buat lama-lama aku sendiri keliru mana satu jalan kerja mana satu formulanya. Akhirnya aku kecundang tapi tak fail. Cuma sedih je lah sebab subjek lain semua B+ sikit lagi nak A tapi statistik ni emmmm. Tapi Alhamdulillah untuk apa yang aku dapat. Salah sendiri sebab tak pandai nak manage masa dan suka melilau tak tentu arah.

Catat Ulasan

6 Ulasan