Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Ticker

Barang-barang keperluan yang perlu dibawa ke UiTM Melaka Kampus Jasin.

study

Assalamualaikum. 

Tidak lama lagi aku akan masuk UiTM Melaka Kampus Jasin. Jadi perasaan untuk kemas segala barang keperluan sangat tinggi dan boleh dikatakan agak berkobar-kobar jugalah. Untuk elakkan barang-barang yang penting tertinggal di rumah, aku buat keputusan untuk tulis satu checklist. Aku mulakan dengan barang yang paling penting. Wajib bawa. Tiada langsung alasan terlupa atau tertinggal sebab semua ni dah diberi semasa korang dapat surat tawaran tu.

DOKUMEN PENTING

1) Surat tawaran dari UiTM.
Wajib print lebih daripada 4 helai supaya mudah untuk korang simpan dan guna masa pendaftaran.

2) Gambar passport. 
Ini pun penting sebab Sem 1 akan sentiasa guna gambar passport. Aku buat dalam 12 keping dan hampir kesemuanya aku guna tau. Kalau habis pun tak perlu risau sebab dekat UiTM ada tempat cuci gambar.

3) Sijil SPM dan lain-lain.
Bawa sijil original dan salinan. Semua sijil salinan WAJIB disahkan terlebih dahulu oleh pihak sekolah atau mana-mana yang berkenaan. Korang pergi jumpa semula cikgu yang layak untuk sahkan sijil korang tu. 

4) Salinan IC.
Salinan IC sendiri, ibu dan bapa yang telah disahkan. Bawa salinan lebih daripada 5 keping.

5) Borang medical checkup.
Ingat lagi borang medical checkup yang korang buat dulu? Bawa semua tu termasuklah xray. Jangan ada tertinggal pun sebab nanti kena check satu-satu.

6) Duit.
UiTM ni terperuk sikit dan jauh dari bandar jadi agak payah untuk korang keluar kalau takda kenderaan. Mesin ATM hanya ada satu sahaja dan kadang-kadang suka sangat rosak. Jadi korang bawa duit secukupnya untuk beli buku.

PAKAIAN

1) Pakaian harian.
Wajib bawa pakaian yang ikut sahsiah diri. Baca balik panduan yang korang print sebelum ni. Kalau rasa duit tu banyak dan nak kena saman dengan Polis Bantuan (PB) sila lah pakai baju merepek-repek. Nanti siap dapat pakej kena maki. Dekat sini bab pakaian sangat ketat dan ada juga lecturer yang diberi kuasa untuk saman mana-mana pelajar yang memakai pakaian tidak sesuai. Kalau pakai baju kurung, pastikan tidak ketat melekat, kain tidak terbelah dan lain-lain. Senang cerita pakaian yang sopan dan menutup aurat. Bagi lelaki wajib baju berkolar. 

2) Stokin kaki.
Semua pelajar tidak kira lelaki atau perempuan, muslim atau non-muslim wajib memakai stokin berwarna gelap atau kulit semasa MDS dijalankan selama seminggu.

3) Tuala muka . 
MDS sangat memenatkan badan. Korang akan dibawa rayau satu UiTM untuk kenal semua tempat yang penting. Jadi memang berpeluh teruk tu perkara biasa.

4) Baju sukan. 
Kalau UiTM Melaka Kampus Jasin baju warna putih lengan panjang untuk perempuan dan lengan pendek berkolar untuk lelaki.

5) Kasut sukan dan kasut bertutup. 
Kasut sukan kena pakai masa mds dan masa turun ladang waktu petang. Kasut bertutup pula memang sentiasa wajib pakai kalau tak memang korang kena saman.

6) Selipar toilet.
Bawa selipar tau walaupun toilet ada di dalam rumah masing-masing.

7) Towel/ Sanitary pads.

8) Tudung. 
Semua perempuan Muslim WAJIB memakai tudung semasa MDS dijalankan. Korang free hair pun WAJIB pakai. Non-muslim sahaja yang tidak perlu.

9) Seluar
Jeans bukan pakaian sahsiah rupa diri jadi jangan haraplah dapat pakai semasa korang di UiTM. Macam DPIM ni kan sentiasa turun ladang dan kadang-kadang ada kerja yang kena buat jadi boleh dikatakan dekat UiTM Jasin ni peraturan mengenai seluar jeans tidaklah seperti tempat lain asalkan seluar tersebut longgar. Bukan seluar yang korang pakai masa outing ye. Longgar maksudnya longgar. Tidak ketat ataupun bercorak.

10) Baju MDS. 
Simple je baju semasa MDS. Perempuan wajib pakai baju kurung putih dan kain warna hitam atau navy blue. Lelaki pula baju lengan panjang berkolar warna putih. Korang pakai je baju sekolah dulu asalkan tidak ketat. 


KOLEJ DAN BILIK
Di UiTM Melaka Kampus Jasin ni, tempat tinggal korang boleh dikatakan seperti apartment. Dalam satu rumah ada 3 bilik tidur. Dalam satu bilik tidur ada 2 katil. Jadi akan ada 6 orang pelajar dalam rumah tu. Bilik air pula disediakan di dalam rumah. Satu bilik mandi, satu bilik mandi dan bilik air dan akhir sekali bilik air sahaja. Setiap semester akan ada aktiviti kolej dan korang WAJIB sertai semua aktiviti supaya korang dapat masuk kolej untuk semester depan. Setiap pelajar akan diberi satu kad untuk kumpul kupon aktiviti dan mana-mana pelajar yang tidak cukup kupon, korang tidak layak untuk duduk kolej melainkan korang ada jawatan penting dalam UiTM. 

MASA OUTING
Korang boleh keluar bila-bila masa dan balik pada masa yang korang nak. Tapi ada had masa untuk masuk semula ke UiTM. Selepas pukul 11 semua wajib duduk dalam rumah terutamanya perempuan, dan selepas pukul 12 tiada sesiapa pun yang dibenarkan untuk masuk ke pagar UiTM melainkan korang balik daripada meeting. Lagi seram bila kereta yang korang bawa tidak dibenarkan parking di dalam kawasan UiTM jadi kalau korang balik lewat malam, korang menapaklah sejauh-jauhnya dalam keadaan gelap untuk balik ke kolej. Masa tu doa-doa lah takda benda lain yang muncul atau panggil dari atas bumbung bangunan. 

TANGKAL DAN PELINDUNG.
Tolong jangan bawa sebarang tangkal, pelindung ataupun 'penjaga' masuk ke dalam kawasan UiTM. Tinggalkan di rumah. Korang kena faham. Korang masuk kawasan 'orang' dan bawa benda-benda macam ni jadi agak-agak 'tuan rumah' marah tak? Ada kes sebelum ni, pelajar histeria sebab bawa tangkal masuk UiTM. Jadi benda-benda macam ni korang tinggalkan sahaja di rumah untuk keselamatan diri dan juga orang lain. Jangan disebabkan tangkal korang tu, orang lain yang menderita. 

TEMPAT KERAS.
Korang pergi mana-mana pun ada tempat yang boleh dikatakan keras. Bukan UiTM sahaja. Di sana korang akan dimaklumkan tempat-tempat yang perlu dielakkan selepas pukul 6.30 petang. Semua dibuat untuk keselamatan semua orang jadi jangan ingkar arahan yang diberi dan jangan terlalu takut semasa di sana. Jaga mulut dan jaga diri. Insyallah semuanya selamat. 

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Hey congrats and good luck for your study .

    Yeah i should do list like this before , but i never did . As result i kadang lupa bawa towel la , selipar la , cadar is common benda yang i lupa bawa end up i pinjam my friend hahaha . I pinjam cadar jela other thing kena beli tak pasal membazir

    BalasPadam
  2. tahniah!!! dan good luck!! barang2 penting jangan lupa. yang lain2 tu boleh beli kat sana je nanti bila perlukan

    BalasPadam