Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Ticker

Temuduga masuk Pusat Latihan Polis Malaysia (PULAPOL) di Langkawi.





Inilah kisah aku. Dahulunya hanya seorang lelaki yang baru sahaja menamatkan sesi persekolahan menengah atas iaitu tingkatan 5. Tentang pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan hingga akhir hayat aku. Pengalaman menjalani latihan asas polis di PULAPOL Langkawi. Jujur aku katakan bahawa tidak pernah langsung terdetik di dalam hati apatah lagi menyimpan rasa untuk menjalani kehidupan sebagai seorang polis.

Selesai sahaja aku berjaya menamatkan sekolah, aku tidak lagi ada hati dan perasaan untuk meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi walaupun aku mendapat tawaran yang ditunggu-tunggu oleh setiap pelajar iaitu tawaran masuk Tingkatan 6. Bukanlah kerana aku kecewa dengan keputusan SPM yang diterima tetapi perasaan aku lebih kuat untuk menceburi bidang kemahiran iaitu fibreglass skill (gentian kaca). Seronok tidak terkata. Susah untuk diungkap betapa bersyukurnya aku apabila diterima masuk ke GiatMara. Telah aku pasakkan dalam hati dan kepala bahawa aku mahu melakukan sebaik mungkin dan selagi daya masih boleh bertahan, aku pasti akan teruskan.  

Alhamdulillah selepas tamat belajar di Giatmara aku terus mendapat tawaran tuntuk merantau ke negeri Darul Ta'zim iaitu negeri Johor. Aku diberi peluang untuk melanjutkan lagi kemahiran aku dalam bidang yang sama iaitu fibreglass skill (gentian kaca) supaya aku boleh mendapatkan sijil kemahiran Malaysia (SKM tahap 1 & 2). Namun hanya disebabkan kemerosotan ekonomi yang berlaku ketika itu, aku gagal untuk untuk mendapatkan sebarang sijil lalu mengambil keputusan untuk pulang ke kampung tercinta. Demikian, aku rasa putus asa dalam bidang kemahiran dan sejak itu aku mula jauh tersasar dari bidang asal. Aku ke Penang untuk bekerja sebagai pembakar kuih bahulu kemudian ke Tanjung Malim sebagai seorang operator kilang Proton, dan aku membawa hati yang lara ke negeri Kedah untuk bekerja sebagai operator kilang kaca elektronik. Dipendekkan cerita, putaran hidup aku adalah seorang perantau yang tidak akan menetap lama di satu tempat. Namun tidak ku sangka-sangka bahawa disinilah bakal bermulanya kisah hidup aku sebagai seorang polis.

Salah seorang sahabat ada terbaca satu keratan surat khabar mengenai jawatan kosong polis, tetapi tempat temuduga tersebut  terlalu jauh dan memerlukan kenderaan sendiri untuk ke sana. Memandangkan tarikh temuduga semakin hampir,aku bersetuju untuk menghantar sahabat-sahabatku tetapi hanya disebabkan ada perasaan ingin membantu. Bayangkan seramai 6 orang termasuk aku di dalam sebuah kereta. Setibanya di lokasi, aku dan rakan-rakan diberi borang untuk diisi dan setelah siap, semua yang hadir diarahkan untuk mengukur ketinggian dan berat badan. Dari 5 orang sahabat, hanya 3 orang sahaja yang berjaya ke peringkat yang seterusnya termasuk aku. Maka aku dan rakan-rakan teruskan lagi ujian yang lain seperti ujian mata, ujian telinga, ukur lilit dada, ujian berkawad termasuklah cara berjalan. Bukan itu sahaja, aku disuruh test suara jerit dan ada penguji yang menyuruh untuk menyanyikan lagu Negaraku. Hatiku pasrah dan aku teruskan semua arahan yang diminta tanpa sebarang bantahan walaupun hakikatnya hatiku sudah mula menyumpah-nyumpah.

Akhirnya setelah seharian aku diseksa, aku berjaya lalui semua ujian tersebut. Maka bermulalah fasa yang terakhir iaitu temuduga bersama panel-panel. Bayangkan aku tidak bersedia langsung untuk menjawab soalan yang ditanya dalam Bahasa Inggeris. Habis keluar bahasa Inggeris karat aku untuk perkenalkan diri dan pengalaman bekerja. Semua soalan aku cuba jawab dengan hati dan muka yang tenang. Berakhirlah sudah sesi temuduga yang sangat memenatkan ini.

3 minggu selepas temuduga, aku mendapat panggilan telefon bahawa aku diterima untuk menjalani latihan asas polis di Pulapol Langkawi selama 6 bulan. Bersyukur tidak terhingga walaupun semua perkara yang terjadi tidak aku rancang. Maka bermulalah saat kehidupan aku sebagai seorang pelatih di Pulapol.


- Akan bersambung di bahagian 2-

Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. Seronok baca , Alhamdulillah rezeki jugak tu dapat berkhidmat untuk negara. Dalam hidup ni kadang Allah tak bagi apa yang kita nak tapi Allah sentiasa bagi apa yang kita perlu. Barangkali kita suka dengan sesuatu tapi ianya tak baik untuk kita , barangkali kita benci pada sesuatu tapi itulah yang terbaik untuk kita. Nanti ceritalah lagi yer.

    BalasPadam
  2. Halahhhh tengah syok baca bersambung pulak. Tak sangka eh asalnya minat lain, tup2 jadi polis pula

    BalasPadam
  3. Tahniah dah berjaya interview in English. Yang penting keyakinan ketika menjawab tu kan. Salah betul tu boleh diperbaiki.

    BalasPadam
  4. Penulis thewarda.com ni lelaki ke? Baru akak tahu! Hahaha. Pengalaman mengenal diri dan mencari kehidupan memang serba unik. Kadang kala kita pun tak pasti kemana kaki ini melangkah. Kan? All the best untuk PULAPOL!

    BalasPadam
  5. Tahniahhh.. pengalaman yang sangat berharga. wajib tulis kat blog. kalau dah rezeki tu tak mana.

    BalasPadam
  6. Kadang kita memang tak rancang apa yang kita nak jadi sekarang. Apa-apa pun semoga terus sukses menjadi seorang anggota polis.

    BalasPadam
  7. Kita kdg2 tak tahu nasib pekerjaan ke mana kan. Ramai je belajar mcm2 akhirnya lain kejenya..pastu jd penulis blog. Hehe. Anyway tahniah dan selamat bertugas!

    BalasPadam
  8. Tahniah.. rezeki Allah nak bagi ni bermacam bentuk dan rupa, kadang tu bukan dalam impian kita.. tapi jalan lain pulak Allah permudahkan kann.. so good luck ook..

    BalasPadam
  9. Wahhh tahniah tahniah!! Pengalaman yang sangat berharga ni. Alhamdulillah rezeki hidup dapat berkhidmat untuk negara. Semoga success menjalankan tugas

    BalasPadam
  10. such a nice interview experience there. So we know what to expect when going to interview kat PULAPOL

    BalasPadam
  11. Tahniah tahniah. Seronok baca kisah macamni. :) Teruskan menulis

    BalasPadam
  12. thanks for sharing your valuable experience! certainly have not read about the personal journey of a police officer in malaysia.

    BalasPadam
  13. Thanks for sharing your experience about your interview session, baru tau the interview session is challenging too.

    BalasPadam
  14. Tahniah, at least lebih bangga sebab dapat berkhidmat untuk negara tercinta kan... inilah rezeki yang tertulis kan.. all the best and looking forward to read more about your experience.. :)

    BalasPadam
  15. Eh, ada sambungan. Tapi menariknya pengalaman walaupun tak merancang tapi diberi kesempatan dan rezeki lepas temuduga pula tu.

    BalasPadam