Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Ticker

Cara letak nombor akaun bank di Shopeepay.

Ada yang pernah topup Shopeepay? Perasan tak kadang-kadang ada baki yang tinggal dalam Shopeepay? Baki tersebut boleh dipindahkan semula ke dalam akaun bank masing-masing secara percuma dengan syarat korang sudah letakkan nombor akaun di Shopeepay. Mudah je. Boleh baca langkah-langkah di bawah sehingga habis.

1) Masuk laman utama ShopeePay dan klik pada butang "setting". Pilih "ShopeePay bank accounts"

shopee, shopeepay
2) Seterusnya, klik pada "Add bank account". Korang perlu masukkan kod pengesahan yang telah dihantar ke nombor telefon sendiri semasa pendaftaran untuk tujuan keselamatan. Bahagian ini sangat penting jadi pastikan nombor telefon masih aktif dan boleh digunakan untuk menerima sms.

shopee, shopeepay

3) Masukkan segala butiran yang diminta oleh Shopee. Jangan tersilap walaupun satu. Isi nama akaun bank, nombor akaun dan pilih nama Bank.
shopee, shopeepay
4) Langkah yang terakhir korang perlu baca semula serta "check" butiran akaun bank dan klik "done". Akaun bank korang akan di review oleh mereka dalam masa 24 jam sebelum boleh digunakan.




Catat Ulasan

0 Ulasan