Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Ticker

Tamat perbarisan di PULAPOL LANGKAWI



 

Ini adalah post terakhir aku mengenai pengalaman di PULAPOL Langkawi dan aku berharap sangat ia dapat beri manfaat pada orang lain.

Tamat perbarisan boleh dikatakan sebagai titik prmulaan kami sebelum menyarung seragam beruniform berserta amanah yang digalas untuk menjaga keselamatan dan keamanan negara. Sebelum menghadapi perbarisan tamat latihan, kami akan menjalani latihan kawad selama seminggu untuk memperkemaskan lagi kawad. Antara kawad yang kami harus pertunjukkan ialah berjalan kawad mengelilingi padang kawad serta memberi tabik hormat kepada Pegawai Polis tertinggi negeri Kedah iaitu Ketua Polis Kedah sebagai jemputan dihari pembarisan tamat latihan itu. Kawad perlahan jalan serta tabik hormat, ke kanan lurus dan pandang depan, dan hormat bersenjata dipertunjukkan.


Akttiviti seterusnya adalah bacaan doa, dan selepas itu akan ada pengumuman bagi pelatih terbaik dalam akedamik, pelatih terbaik dalam kawad dan pelatih terbaik dalam menembak. Semua nama yang terlibat akan diajar cara-cara mengambil sijil diatas pentas apabila nama dipanggil. Setiap kedudukan kami telah diatur oleh jurulatih bagi memastikan perbarisan kami kemas dan teratur kerana jemputan pada hari tersebut adalah Pegawai Polis yang berpangkat tinggi. Selama seminggu juga kami menjalani latihan tanpa henti, didenda untuk setiap kesalahan, tanpa kira cuaca terik yang terus membakar kulit, kami harus teguh berdiri dipadang kawad. Setiap pergerakan yang tidak kemas haruslah diulang dan ulang semula sehinggalah menjadi formasi kawad yang sangat kemas. Jangan tak tahu ye ada pelatih yang tumbang pengsan dipadang kawad kerana berada di panas terik terlalu lama. Tetapi ini sudah menjadi kebiasaan di PULAPOL. Pelatih yang pengsan akan diangkat ke tepi padang kawad untuk berehat dan pelatih yang masih bertenaga akan meneruskan latihan tamat perbarisan.


Apabila tiba hari yang ditunggu-tunggu iaitu hari perbarisan, kami bersiap dengan perasaan berkobar-kobar. Lengkap berpakaian polis, butang besi berkilat, bertali pinggang putih serta cross belt, kasut kawad berkilat dan bertopi (beret), peak cap untuk pegawai, manakala jurulatih juga akan turut serta dalam perbarisan dengan berpakaian lengkap beruniform dan akan mengepit tongkat dicelah ketiak kiri. 


Kemudian kami diarahkan berkumpul untuk diperiksa oleh jurulatih dari segi pemakaian yang betul. Selepas siap diperiksa kami akan bergerak ke tepi padang kawad. Apabil semua jemputan khas tiba dan berada diatas pentas, kami mendengar pemberi arahan yang bersuara lantang untuk memastikan tiada sesiapa pun yang tidak dapat mendengar arahan tersebut. Dengan berkedudukan sedia, arahan yang diberi iaitu 'Baris! Dari kanan cepat jalan!' dan kami terus mengorak langkah masuk ke padang kawad dengan kemas tapak kasut kawad kami kedengaran sangat padat, diiringi oleh pancaragam polis yang memainkan muzik. Apabila tiba dihadapan pentas kami diberi arahan pandang kanan serta tabik hormat kepada KP Kedah pada masa itu dalam keadaan berjalan melepasi pentas. Dengan arahan turun tangan tabik hormat tadi, kami habis mengelilingi padang kawad dan berkumpul ditengah-tengah padang kawad sambil menghadap pentas tersebut, berdiri dengan segak, teguh dan perbarisan bersenjata memberi hormat bersenjata seperti arahan 'hormat bersenjata ke hadapan hormat'. Arahan seterusnya berkumandang 'baris! ke kanan lurus!' Kaki dihentak sekuat mungkin untuk mendapatkan bunyi yang padat diatas padang kawad dan arahan seterusnya adalah 'pandang depan!' Sementara menunggu aturcara majlis seterusnya iaitu bacaan doa. Kami mengangkat kedua-dua tangan mengikut muzik ketukan gendang dan kami harus peka dengan ketukan gendang tersebut untuk memastikan tangan yang kami angkat adalah sama.



Setelah sesi bacaan doa selesai dibacakan oleh anggota yang bertugas, aturcara seterusnya adalah nyanyian lagu Negaraku. KP Kedah memberi ucapan yang sgt panjang mengenai tugas dan tanggungjawab, dan integriti yang perlu ada didalam setiap pasukan. Selama 30minit ucapan tersebut, kami terpaksa berdiri tegak dan tidak boleh ada pergerakan sehingga menampakkan kecacatan dalam baris. Selepas selesai ucapan tersebut, maka bermulalah pengumuman pelatih terbaik akademik, kawad dan menembak untuk tampil keluar menerima sijil penghargaan. Kesemua pelatih yang terlibat akan  keluar seperti yang diajar sebelum ini untuk menerima sijil. 


Selesai penyampaian sijil, KP Kedah diiringi oleh Komandan Pulapol Langkawi utk memeriksa baris setiap pelatih. Selepas itu KP Kedah diiringi ke khemah untuk menjamu sedikit juadah tengahari. Lebih kurang 2 jam juga kami berada di padang kawad mengikut aturcara majlis tersebut dan akhirnya kami diberi arahan untuk keluar baris. Maka dengan itu tamatlah sudah perbarisan tamat latihan dan kami boleh berjumpa dengan ahli keluarga masing-masing yang datang pada hari trsebut. 


Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Thanks sbb post pengalaman dkt Pulapol Langkawi :) at least tau jugak apa aktiviti and kehidupan dkt dlm tu.. sangat bermanfaat 👍🏻

    Btw boleh tau masa bila boleh guna phone sendiri? And public phone?

    BalasPadam
    Balasan
    1. phone sendiri boleh pakai semasa outing. public phone masa rehat.

      Padam
  2. Assalamualaikum, tq sebap post pengalaman ini saya nak bertanya latihan sebagai pelatih INSPEKTOR sama ke dengan pelatih yang lain-lain?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama sahaja cuma platun (group) je yang diasingkan. Setiap platun seorang jurulatih yang akan jaga ajar kawad dan lain-lain latihan. Ada jurulatih yg pakar.

      Padam
    2. Tq reply comment Warda. Saya nak tanya lagi, jadi platun group ni semua pelatih inspektor ke? atau dipilih oleh jurulatih?.

      Padam
    3. Betul semua pelatih inspector. Kalau ramai bahagi 2 group.

      Tak boleh pilih2, lapor diri je dah ade nama mengikut platun dan bilik.

      Padam
    4. Tq reply comment. Doakan saya dapat masuk YA13 Warda umurpun dah 26 harap-harap saya lepas.

      Padam