Rasulullah SAW bersabda: "Setiap orang di antara kamu pastilah qarinnya berasal dari kalangan jin dan qarinnya berasal dari kalangan malaikat telah dikuasakan untuk menyertainya."(HR Muslim & Ahmad)
Apakah hubungan roh manusia dengan jin qarin? Bagaimana roh-roh saling berjumpa? Bolehkah roh orang mati dan roh orang hidup bertemu? Apakah yang terjadi kepada roh sewaktu bermimpi? Apakah yang terjadi kepada roh setelah kematian?
Ini ialah sinopsis yang berada di belakang kulit buku yang telah saya ringkaskan. Sejujurnya saya hanya baca bab yang saya berkenan sahaja seperti Qarin, hubungan roh dengan manusia, sifat roh dan hubungan roh dengan tubuh. Tetapi ini bukan bermaksud bab lain tidak menarik cuma saya ini bukanlah seorang yang penyabar untuk membaca keseluruhan 402 muka surat. Bayangkan saya menunggu bertahun-tahun untuk mencari dan membeli buku seperti ini dan sudah semestinya saya tidak akan menunggu untuk baca bab yang menarik di mata saya.
Buku yang kedua saya beli adalah mengenai agama. Yahudi, Kristian, Hindu dan Buddha berasal dari Islam? Dan perkhabaran tentang Nabi Terakhir dalam kitab-kitab suci. Tajuk sahaja sudah menarik perhatian jadi saya terus beli tanpa membaca review di Goodreads. Harga di kulit buku ialah RM25 dan mempunyai sebanyak 416 muka surat.
Mengapa dalam agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. terdapat kisah-kisah nabi terdahulu? Apa kaitan Baginda dengan nabi-nabi terdahulu? Nabi Muhammad s.a.w. adalah berbangsa Arab, namun kenapa Al-Quran harus bercakap mengenai bangsa lain terutama sekali bangsa Yahudi? Mengapa Al-Quran mengakui kitab-kitab terdahulu, malah terdapat banyak persamaan hukum di dalamnya? Bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. tahu mengenai kisah para nabi bangsa Yahudi, sedangkan dalam sejarah hidup Baginda tidak pernah belajar mengenai agama Yahudi dan tidak pernah membaca Taurat dan Injil?
💜 SHOPEE: BUKU PROJEK
0 Ulasan