Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Ticker

Menang giftcard untuk BookXcess

 Assalamualaikum.

Maafkan saya wahai penganjur kerana lambat update mengenai hadiah yang saya dapat. Sebelum ini saya ada menyertai giveaway di mana hadiah merupakan giftcard RM50 dan boleh tebus di BookXcess. Saya biasa melayari laman web tersebut tapi tidak pernah sekali pun beli buku di sana. Mungkin kerana buku terlalu banyak sehingga saya tidak boleh buat pilihan dengan bajet yang ciput.

Bila pemenang diumumkan oleh penganjur, saya memang terlalu gembira dan terus email untuk mendapatkan giftcard tersebut. Bayangkan dengan RM50 tu berapa banyak buku yang saya boleh beli. Yang pasti lebih daripada 2 buah buku. 

books, buku, the courage to be dislikes, midnight hour, cc hunter

Salah satu buku yang buat hati saya tertarik adalah The Courage to Be Disliked oleh Ichiro Kishmi dan Fumitake Koga. Ini adalah buku yang wajib saya beli walaupun sudah sedia maklum bahawa saya tidak perlukan buku untuk memberitahu bagaimana untuk ada keberanian tidak disukai. Mungkin ada sesuatu di dalam buku ini yang akan saya belajar dan boleh guna untuk kehidupan seharian. 

Buku yang kedua pula ialah Midnight Hour. A Shadow Falls oleh CC. Hunter. Sejujurnya saya tertarik pada bahagian muka depan buku dan baru lah saya cari review di Goodreads. Rupa-rupanya buku ini adalah series yang bertajuk Shadow Falls dan boleh dikatakan banyak juga buku lain yang perlu dibaca bersama dengan Midnight Hour ini. Nak dipendekkan, buku ini sebenarnya bersambung-sambung ceritanya.


puaka, buku, buku hantu, cerita hantu

Buku seterusnya adalah Siri Cerita Hantu Puaka Dobi Layan Diri. Saya pilih buku ini sebab nak cukupkan jumlah RM50 sahaja. Saya tidak berapa berkenan dengan cerita hantu kerana saya bukanlah seorang yang berani lagi-lagi bila tinggal seorang diri. Masa tu mulalah akan teringat cerita-cerita yang tidak sepatutnya saya baca dan lihat. Tapi buku Siri Cerita Hantu ini lebih kepada bahan bacaan untuk budak sekolah kerana bagi saya isi kandungan cerita lebih kepada kelakar daripada seram. Mungkin pembaca yang lebih muda daripada saya akan rasa cerita ini menakutkan.

Buku yang terakhir saya beli adalah The Little Book of Kindness. Berdasarkan tajuk buku korang sudah boleh agak sebenarnya buku ini memang kecil. Ibarat buku untuk kanak-kanak. Tetapi bahagian dalam buku sangat menarik dan berwarna. Buku ini sesuai untuk pembaca yang inginkan bahan bacaan yang ringan dan tidak mempunyai masa yang banyak.

Setakat ini sahaja. Terima kasih untuk penganjur giveaway. Semoga Tuhan sentiasa merahmati awak. 

Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. Congratulations to you on winning the giftcard. Surely you can buy a few good books with the RM50. The Siri Cerita Hantu Puaka Dobi Layan Diri looks interesting for a horror fan like me.

    BalasPadam
  2. bestnyaaa i like books. dah lama tak membeli buku. my current reading pun lama betul nak habis baca haha

    BalasPadam
  3. Wow!!!!!!! RM50 book vaucher! Best too! Kalo saya yg ulat buku nie dapat vaucher sbyk tunsure shopping sakan punya. Enjoy reading all the books that you bought ya.

    BalasPadam
  4. Tahniah sis Warda memang giftcard..Saya pun baru beli buku juga, nanti saya share dekat blog. Salam perkenalan :)

    BalasPadam
  5. Ramai yang beli buku di BooXcess ni kan. Nanti nak check it out juga lah.

    BalasPadam
  6. Tahniah Warda memang giveaway. Dapat beli sampai 4 buku tu, puas hati 😁

    BalasPadam
  7. Ama tk baca buku2 macam ni. Dulu suka jugabaca.. Cerita hntu tu kalau baca sorang2 memmag seram.. Hehehe

    BalasPadam
  8. This is interesting! Would love to win the gift card too! See what I can purchase for my little daughter :)

    BalasPadam
  9. Congrats. Mmh seronok bila menang something dr penganjur. Esp bila dapat vou buku mmg heaven

    BalasPadam
  10. thanks for sharing. so excited to participate in this giveaway

    BalasPadam
  11. Tahniah menang gift card. Selalu juga singgah book xcess tapi biasanya saya tunggu BBW baru beli. Haritu pun baru borong BBW.

    BalasPadam
  12. Congratulation sis.. betul2 murah rezeki ni.. :).. i suka sgt visit BookXcess ni.. tempat dia sangat cantik kan.. aritue ada la pergi work from the mall kat Tropicana Gardens Mall.. sgt conducive tempatnya..

    BalasPadam
  13. Seronoknya dapat beli buku. Airah memang selalu beli buku di bookxcess, both online and offline. Banyak jenis buku ada senang nak pilih

    BalasPadam
  14. Tahniah menang giftcard! Best giler laaaa voucher RM50. Kita suka baca buku, seronok beli bahan ilmiah

    BalasPadam
  15. Waaa tahniah.. best tu dapat buku, nanti PKP boleh duduk membaca, Sis pun tengah mencari bahan bacaan ni..

    BalasPadam
  16. Congratulation on your new reads, hope you enjoy them at home.

    BalasPadam
  17. woah.. u got the giftcards! congratulation to you!!.. kena kat kita mesti happy juga cos we love to read too

    BalasPadam