Assalamualaikum.
Semasa 11.11 hari tu, ayah saya ada beli radio yang telah dipakai atau lebih dikenali sebagai second hand. Saya ada tanya ayah kenapa perlu beli radio ni sedangkan banyak radio baru yang murah-murah di Shopee. Rupa-rupanya ayah nak mainkan cd-cd lama yang ayah simpan daripada zaman muda dulu. Agaknya rindu.
Apabila radio dah sampai, saya tolong buka kotak dalam kata lain 'unboxing' dan ayah terus mainkan cd. Tapi sayang seribu kali sayang radio yang diterima tidak elok. Saya nasihatkan ayah supaya cari semula penjual tersebut dan beritahu masalah yang dihadapi. Mungkin penjual boleh bantu. Selepas ayah berikan gambar di ruangan chat Shopee, penjual menyuruh ayah saya return radio tersebut. Katanya kemungkinan besar terhempas semasa dalam proses penghantaran.
Tetapi, bagi saya penjual sepatutnya sedia maklum dengan pembungkusan barang jualan itu. Semasa saya unboxing radio, saya perasan tiada satu bubble wrap pun di radio tersebut. Penjual hanya balut menggunakan plastik sahaja. Jadi apabila radio terhempas, memang akan rosak. Sticker 'fragile' pula sangat kecil dan tulisan kabur. Mungkin dakwat printer dah nak habis.
RETURN REFUND DI SHOPEE.
Untuk proses return refund sangat mudah kerana penjual memang beri kerjasama sepenuhnya. Saya pula tidak pernah lalui proses ini jadi memang takut juga lah. Selepas saya dapat awb Poslaju daripada Shopee, saya terus print dan tampal di atas kotak radio tersebut. Saya juga balut semula radio dengan sebaik mungkin menggunakan plastik yang datang bersama-sama radio. Awalnya saya nak balut dengan bubble wrap tetapi kotak yang digunakan terlalu kecil dan hanya muat-muat untuk radio tersebut. Jadi saya hanya boleh letak sticker fragile sahaja supaya radio tersebut tidak dihempas semasa dalam proses penghantaran.
0 Ulasan