Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Ticker

Wanita Kimono Merah - Syafie Mahyani - Lejen Press

Wanita Kimono Merah - Syafie Mahyani - Lejen Press

Info Wanita Kimono Merah.

Tajuk: Wanita Kimono Merah.
Penulis: Syafie Mahyani.
Penerbit: Lejen Press
ISBN: 9789670591049
Format: Paperback


Sinopsis Wanita Kimono Merah.

Cerita ini bermula apabila Ariff bertindak membunuh keluarga Jepun yang mendiami banglo mewah milik keluarganya. Kemungkinan muncul sifat dengki dan iri hati terhadap mereka kerana bapa Ariff membenarkan keluarga Jepun ini untuk menetap di banglo yang sungguh besar ini. Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana jasa yang pernah dilakukan sebelum ini. Ariff pula seorang lelaki yang tamak dan merasakan bahawa dia adalah yang paling layak untuk menjadi pemilik banglo tersebut. Jadi Ariff mula bertindak di luar kawalan dan rasional seorang manusia iaitu pembunuhan.

Beberapa tahun kemudian, Evelyn bersama suaminya iaitu Rizo telah membeli banglo tersebut daripada Ariff tanpa mengetahui sejarah hitam rumah tersebut. Sejak Evelyn berpindah masuk, dia sering diganggu dengan pelbagai cara oleh lembaga yang sering berlegar-legar di dalam rumah tersebut. Yang peliknya, hanya Evelyn sahaja yang terkena gangguan seolah-olah lembaga tersebut ingin meminta pertolongan daripada Evelyn mengenai kes pembunuhan di banglo mewah ini. Setelah disiasat, ternyata lembaga itu digelar Wanita Kimono Merah oleh orang ramai. Mengapa pula Kimono Merah? Mungkin disebabkan keluarga yang dibunuh itu adalah orang Jepun dan mereka pula terkenal dengan pakaian tradisional kimono. 

Hari demi hari Evelyn diganggu sehinggakan suami Evelyn mengatakan bahawa dia mempunyai masalah mental kerana selalu meracau tidak kira masa. Punahlah hati Evelyn apabila suami yang dicintai menuduh dirinya begitu walaupun hakikatnya dia berada dalam ketakutan setiap saat. Suami Evelyn bertindak mengupah seorang doktor pakar untuk membantu memulihkan masalah mental yang dihidapinya dan tidak ingin mengambil tahu dengan lebih lanjut mengenai Evelyn. Rupa-rupanya jantan tidak guna ini sibuk bermadu kasih dengan si cinta hatinya yang lebih muda dan mengiurkan sehinggakan isteri dan anak di rumah tidak diendahkan.

Evelyn semakin bingung apabila musuh, kenalan dan doktor yg merawatnya mati dibunuh oleh hantu tersebut. Paling pelik apabila anak kecil Evelyn iaitu Nikita yang baru sahaja berusia lima tahun fasih bercakap bahasa Jepun secara tiba-tiba. Jantung Evelyn juga hampir luruh apabila terjumpa anaknya sedang menikmati mayat Dr Zack yang sudah kembung dan berbau busuk lagi meloyakan di dalam rumahnya. Dengan selamba Nikita mencungkil dan mengunyah biji mata Dr Zack. Ini semua disebabkan Wanita Kimono Merah telah merasuk Nikita.

Tragedi berdarah ini berakhir dengan kematian Evelyn apabila Nikita mengigit batang lehernya sehingga darah memancut keluar tanpa henti. Dengan menggunakan tenaga yang terakhir, Evelyn bertindak menikam anaknya berkali-kali sehingga nyawa dicabut dari jasad anak kecil itu. Sebelum menutupp mata, cuping telinga Evelyn dapat medengar gelak tawa sinis dan gembira lembaga kejam tersebut.

Persoalannya adakah hantu kimono merah ini membalas dendam terhadap pelaku yang membunuhnya?

Review Wanita Kimono Merah.

Seingat saya buku ini cuma dibaca sekali sahaja disebabkan cerita ini boleh tahan seramnya hinggakan saya terpaksa baca bersama rakan sekelas. Buku ini sebenarnya tak sesuai untuk dibaca oleh kanak-kanak disebabkan jalan cerita yang sangat dasyat dan juga babak-babak seram sehinggakan terbawa-bawa ke dalam mimpi. Jalan cerita juga boleh dikatakan lambat dan membosankan apabila beralih pada watak yang lain. Saya tak berpuas hati apabila hantu Kimono Merah bertindak sesuka hati untuk membunuh sesiapa sahaja yang dia mahu. Sudah jadi seperti hobi pula. Penulis pun tidak tamatkan cerita dan biar sahaja cerita tergantung.

Rating: 4/5
Shop: @buku.projek

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. oh novel seram ke? interesting! sebab khai suka baca novel2 seram or thriller berbanding dengan novel cinta ni hahaha nanti mau tertidur lol tq atas suggestion

    BalasPadam
  2. Cam menarik je, teringin nak baca novel..memang minta dulu2 tapi skrg ni dah tak ada masa nak membaca..huhuhu

    BalasPadam
  3. uish review level keseraman dia macam menarik je. saya suka genre camni. nak cari lah buku ni

    BalasPadam
  4. Laa kisah seram rupanya. Memang sis tak berani baca la kalau dah tahap boleh termimpi2 , tak mau cari penyakit hehe

    BalasPadam
  5. Baca review buku ni pon menyeramkan. Suka baca cerita gini tapi tu la takut terbawa bawa sampai ke tidur nanti. Susah nak tido

    BalasPadam
  6. Aduhhaaiii...bercinta betul nak baca buku seram gini. Bukan apa , takut asyik terbayang je . Bila baca buku mesti nak imaginekan dalam dunia sebenar. Maunya kalau terjaga tengah malam nak gi toilet pun takut .. hehehe

    BalasPadam
  7. Oh yes. Rawlins nak cari dan beli la novel nie. Sebab memang minat sungguh membaca cerita-cerita seram sebegini.

    BalasPadam
  8. Menarik baca review awak. Rasa dah baca senaskah novel. Takyah akak beli novel tu. Akak sekarang ni nak baca pun tak habis satu naskah. Busy betul. Dah bookmarked blog awak utk review buku. Best!

    BalasPadam
  9. Nak tahu sgt Arif Tu mati X last3. Btw kaki dia yg jahat tak.mati jugakke. German plak BC konflik dlm novel ni heheh

    BalasPadam
  10. Macam mana gaya ek baca cite seram gini, gigit leher tu dracula ke apa ek? Adoii misteri laa pulakkk..

    BalasPadam
  11. Oh mai tragis betul jalan cerita buku Wanita Kimono Merah ni.. wahh kalau diterbitkan dalam bentuk filem ataupun drama sure gempak juga..

    BalasPadam
  12. tak best yer cerita tergantung... sorry lah.. huda memang takkan baca cerita seram. sebab jenis mudah teringat2 masuk dalam mimpi. huhu..

    BalasPadam
  13. Dah lama tak baca novel. Tertarij dengan review awak. Penceritaan pun seronok buat rasa nak baca novel seram ni. Nak cari laaaa nanti

    BalasPadam
  14. Nak masukkan buku ni dalam list sebab baca review mcm best hee. thanks for sharing this :)

    BalasPadam