Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Ticker

5 Kisah Mistik dan Misteri. Penulis Olvidado Shakur

buku, review buku

INFO 5 KISAH MISTIK DAN MISTERI

Format: Paperback
Saiz: 5" x 7.5”
ISBN-13: 978-967-0411-880
Tarikh Terbit: 2016
Jumlah Muka Surat: 120
Penulis: Olvidado Shakur


SINOPSIS 5 KISAH MISTIK DAN MISTERI.

Bila bercakap tentang kisah misteri dan mistik, apa yang terlintas dalam fikiran kau? Tolong jangan cakap karipap dan maggi cap itik. Kalau kau google dua perkataan tadi, mesti ada banyak artikel yang keluar. Ada resepi, ada yang pelik dan ada juga yang buang masa saja membacanya.

Tapi 5 kisah misteri dan mistik dalam buku ini bakal memberikan kau pengalaman yang baru. Kira macam kau naik roller coaster sambil makan karipap dan hirup maggi panas-panas. Pelik dan mengelirukan? Begitulah dengan kisah-kisah yang ada dalam buku ini.

Tangkal boleh halang aktiviti pembulian budak-budak sekolah? Susuk boleh beri populariti? Huh... memang kepercayaan mistik zaman moden! Kau beli dan baca buku ni kalau kau nak tahu jawapannya.

ULASAN 5 KISAH MISTIK DAN MISTERI.

Saya beli buku Ini disebabkan perasaan seram sejuk apabila tengok kulit muka buku. Harapan saya tinggi bahawa buku ini memang betul-betul seram dan boleh buat saya tidak tidur malam. Apabila selesai baca, saya kecewa jugalah. Dalam satu malam sahaja saya boleh habiskan bacaan.

Sudahlah nipis, 4 daripada 5 cerita pula tidak seronok dan tidak seram langsung. Mungkin buku ini fokus pada pembaca yang lebih muda dan saya yang sudah tua ini tidak sesuai.

Rating: 2/5
Shop: @buku.projek

Catat Ulasan

0 Ulasan