Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Ticker

Hantu Jam.


Tepat pukul 12 tengah malam, aku mula gelisah. Bukan disebabkan cuaca yang panas tetapi kerana aku sahaja yang masih belum masuk tidur. Keadaan cuaca di kampung amat menyeramkan tambahan pula dengan cuaca yang sangat sejuk. Bunyi cengkerik dan katak di luar semakin kuat dan berlawan sesama sendiri. Di dalam rumah kampung yang usang, keluarga aku tidur di dalam satu bilik tetapi pintu dibuka supaya cahaya lampu di ruang tamu dapat menyinari bilik yang gelap.

Sedang aku cuba untuk lelapkan mata, aku terdengar bunyi yang sangat menakutkan iaitu bunyi jam loceng milik nenek aku. Lagu yang dimainkan oleh jam itu sangat bingit dan menyeramkan. Kepala aku mula berpusing dan terfikir kenapa jam ini berbunyi pada pukul 12 malam dan bukan pada waktu Subuh? Mustahil nenek aku yang sudah tua itu akan bangun pada waktu begini dan melakukan kerja-kerja rumah. Bunyi cengkerik juga sudah berhenti dan senyap sunyi tidak seperti malam sebelum ini.

Ikutkan hati, mahu sahaja aku kejutkan ayah yang sedang nyenyak tidur dan dibuai mimpi. Sikit pun dia tidak bergerak dari katil dan begitu jugalah ahli keluarga yang lain.

"Ahh sudah! Tak kan aku sorang je yang sedar ni? Menyusahkan betul lah nak kena tutup jam loceng!"

Aku mula tarik selimut untuk bangun dan cari jam tersebut. Tetapi niat aku terbatal dan air mata mula menitis di pipi kerana aku mula terdengar suara lain yang seiring dengan lagu jam loceng itu. Setelah aku amati bunyi tersebut, rupa-rupanya ia adalah gelak tawa makcik aku yang sangat kuat dan gembira.

"Apa yang kelakar sangat?" aku mula keliru.

Semakin lama suara tersebut semakin kuat ditambah dengan bunyi mengilai yang mendayu-dayu.

"Ahh sudah! Ini bukan makcik tapi lembaga yang berpura-pura menjadi manusia."

Aku mula risau kerana pintu bilik tidak ditutup. Risau sekiranya 'makcik' tersebut mengintai di balik pintu dan menegur aku. Tangan mula menggerakkan ayah supaya segera bangun dan lihat keadaan di ruang tamu. Belum sempat aku mengejutkan ayah, aku terdengar satu lagi suara tertawa terbahak-bahak. Aku amat kenal dengan suara tersebut kerana suara itu adalah milik ayah. Aku pusing dan terus melihat ayah. Sah! Dia memang tengah nyenyak tidur dan tidak ketawa langsung.

Suara gelak tawa 'ayah' bersama 'makcik' ibarat mengejek aku yang sedang dalam ketakutan dan bertambah kuat apabila aku gagal mengejutkan ahli keluarga. Jam loceng pula tidak mahu kalah dan berbunyi tanpa henti ibarat berlawan-lawan bersama gelak tawa tersebut.

Aku hanya mampu berlindung di sebalik selimut supaya hantu tersebut tidak masuk ke dalam bilik dan menarik selimut aku. Bukannya aku tidak mahu berdoa tetapi doa apa yang aku mahu baca? Habis semua doa yang aku hafal hilang begitu sahaja hinggakan doa makan pun aku boleh terlupa. Yang pasti aku terus tertidur selepas menangis seorang diri di dalam selimut. 

Esok pagi aku bertanya kepada ayah.

"Ayah tak dengar apa-apa ke semalam? Bising tau bunyi jam."

"Jam itu kan dah rosak semalam. Rasa-rasanya bateri dah habis nanti ayah gantikan dengan bateri baru."

Rosak?

Habis tu, bunyi apa yang aku dengar semalam?

Catat Ulasan

19 Ulasan

  1. hehe. pelik betul kalau benda rosak bpleh berfungsi dgn baik. tgh malam pulak tu. mungkin hantu.

    BalasPadam
  2. Ai, jangan la.. i dah la duk sorang ni. Hahaha. Nasib baik x baca malam2.

    BalasPadam
  3. Aduhai. Bahaya betul nie. Dah la Rawlins memang sejenis mudah terbangun dengar bunyi jam, loceng dan handphone. Minta2 tak jadi kat Rawlins huhu

    BalasPadam
  4. alamak! misteri hantu jam ni...
    dlm keadaan takut, memang boleh lupa segala doa :)
    bunyi apakah sebenarnya? hu hu hu serabut nih!

    BalasPadam
  5. okay seram ya! Kalau dipanjangkan lagi cerita ni mungkin boleh jadi novel seram macam dkt Fixi tu hehe :)

    BalasPadam
  6. kisah benar ke ni? mak aihhhh dia main jam plak malam2 ye, tak reti tido lah hantu ni ahaha

    BalasPadam
  7. Seram pula bila teringat. Marsha ni mudah teringa-ingat even baca je pun. Apapun amalkan baca ayat2 pendinding ya

    BalasPadam
  8. Adui seram betul ada case macam ni ye! lagi2 bila ada barang antik kat rumah :) dulu kat my rumah kampung memang banyak barang2 macam ni.. slowly dah takde bila kemas2 sikit here and there... :)

    BalasPadam
  9. Alamak ini cerita benar ke? Bulu roma dah menegak ni. Seram

    BalasPadam
  10. Erkkkk... so apakah bunyi itu? Adoii suspen laaaa... ada kang malam tido terus terbayang jam dinding Sis tuuuu...

    BalasPadam
  11. Kalau mengadu dengan mak ayah terdengar bunyi macam2 nanti dorang jawab "haaa tula, kenapa tak amik air semayang & baca doa sebelum tidur".

    BalasPadam
  12. Uuikksss ... meremang terus . Nasib tak story panjang lebar sangat . Ni kalau baca tengah malam sure nak ke toilet pun takut ...huhuhu

    BalasPadam
  13. Adoi seram betul. Buka artikel gambar jelmaan camtu jam 12 plak tu saya baca artikel ni. Hahahahhaha. Pitam bila semua benda rosak jadi camtu. Lg seram kalau jenia takleh tido awal malam. Maka terbeliak lah biji mata sampai esok pagi. Hahaha

    BalasPadam
  14. Aiyok.. Meremang baca ni tgh2 mlam wak 😂😂😂

    BalasPadam
  15. wow this sounds scary yo. now I feel scary alone in the living hall now

    BalasPadam
  16. Yerrrrr seram lah kau ni... mentang mentang jam i aku bunyi sendiri tengah malam ni.

    BalasPadam
  17. OMG....I so scard after reading this, not sure will have nightmares or not la....cheers, siennylovesdrawing

    BalasPadam
  18. seramnya! Cerita betul ke ni? Tapi nasib baik tidur dgn family, kalau tidur sorang-sorang mau terkucil agaknya dlm selimut tu ya aduhhh..

    BalasPadam
  19. Waktu baca ni dah pukul 1:26 pagi. Patutkah akak teruskan komen atau terus masuk bilik dan tarik selimut atau buat2 pengsan jer. Sebab takut tiba2 terkejut jugak. Ahahahaha

    BalasPadam