Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Ticker

Resensi Buku NIKINA. Penulis Nadia Khan. Penerbit Fixi.

Saya sudah terlalu lama tinggalkan dunia novel genre begini. Banyak novel Fixi dan Lejen yang saya telah jual dengan harga murah. Tetapi entah kenapa kali ini saya terasa rindu untuk masuk kembali dengan kehidupan yang lama. Kehidupan yang gilakan novel-novel Fixi. Jadi saya cari di Carousell buku-buku yang murah dengan keadaan yang masih boleh dibaca. Nasib saya baik apabila saya terjumpa buku yang diberikan secara percuma. Saya pun terus minta pada penjual sebelum disambar oleh orang lain.

NIKINA, NADIA KHAN, FIXI, LEJEN, BUKU, NOVEL

INFO NIKINA.

PENULISNADIA KHAN
PENERBITBUKU FIXI
GENRECINTA
BIL. HALAMAN248
ISBN9789672128878

SINOPSIS GOODREADS.

“Apa main gabung-gabung nama macam ni? Kamu tahu tak, ini dikira zina nama! Haram buat macam ni!”

Ustazah Suhaila menempik di dalam kelas ketika ternampak Kina sedang khayal menulis namanya dan nama Nik berulang-ulang dalam pelbagai corak di atas kertas contengan – NIKINA, NIKINA, NIKINA...Kata orang cinta monyet takkan berkekalan. Tapi bagaimana kalau cinta monyet kita berjaya berevolusi menjadi cinta manusia? 

RESENSI BUKU NIKINA.

Kisah ini bermula apabila Dini melakukan kejutan kepada Kina dengan mendapatkan seorang penulis terkenal bernama Nik.  Dengan niat untuk menerbitkan karya agung beliau di bawah syarikat mereka.  Tetapi, rupa-rupanya Kina terlalu mengenali penulis tersebut iaitu Nik. Kisah mereka bak kata Dina 'we go way back'.  Kisah yang terlalu rumit dan mendalam jika diluahkan kepada sesiapa.

Dini pula sebagai seorang lelaki yang cintakan Kina,  terasa seperti Nik adalah 'musuh' baru yang akan menggangu plan mendapatkan cinta Kina. Perlu diingatkan di sini bahawa Kina tidak mempunyai perasaan langsung terhadap Dini. Lalu, Dini mengambil keputusan drastik untuk mengorek kisah silam antara Nik dan Kina dan terkejut apabila kisah yang disorokkan oleh mereka terhidang luas di depan mata Dini.

Love can be a bad habit, Dan kadang-kadang bila cinta itu sendiri dah pergi, tabiat itu kekal.

NIKINA adalah nama gabungan antara Nik dan Kina. Kisah mereka berdua adalah kisah yang boleh dikatakan special,  terpilih dan bukan semua orang boleh melalui kehidupan seperti mereka. Nik dan Kina kawin lari ketika masih berusia belasan tahun disebabkan cinta yang terlalu mendalam. Bagi mereka, usia yang muda buka lah penghalang untuk mendirikan rumah tangga kerana perihal hati dan perasaan ni,  kadang-kadang tak ikut umur. 

Dalam sedang mengorek rahsia, terbongkar lah juga bahawa Nik membawa pulang seorang perempuan untuk dijadikan madu kepada Kina yang dipanggil Sara.

Yang peliknya kenapa Nik panggil Sara sayang tapi dalam masa yang sama Kina juga turut serta? Adakah itu tandanya betapa tabahnya hati seorang isteri? 

Siapa Sara sebenarnya? Apa lagi rahsia yang Dini akan jumpa?



Catat Ulasan

0 Ulasan