Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Ticker

Resensi Buku: Aku, Kau dan Malaysia Barisan Hadapan (Frontliners)


INFO AKU, KAU DAN MALAYSIA

ISBN:

978-967-481-573-8

Categories: Comic




SINOPSIS GOODREADS.

Menampilkan komik-komik pendek yang bertemakan ‘frontliners’ (pejuang barisan hadapan) di Malaysia ketika pandemik Covid-19 muncul melanda.

RESENSI BUKU NIKINA.

Barisan Hadapan adalah sebuah komik yang menceritakan tentang situasi covid19. Awal bacaan agak sebak juga tengok keadaan yang dihadapi para frontliners. Di mata masyarakat, pekerjaan sebagai barisan hadapan sangat mudah tetapi hakikatnya nyawa mereka juga berada dalam keadaan bahaya. 

Makin saya teruskan bacaan, ada beberapa bahagian yang membuatkan saya rasa bahawa perkerjaan mereka sangat meletihkan di samping payah untuk mereka berjumpa dengan keluarga. Tapi lama-kelamaan ada juga komik yang mencuit hati. Sekurang-kurangnya bacaan ini tidak terlalu berat dan sesuai untuk semua peringkat umur. 

Antara tajuk-tajuk yang ada di dalam komik Aku, Kau dan Malaysia ialah 

  • Wira Kami oleh BEN WONG
  • Terlalu Istimewa oleh HAFIZZUDDIN ISMAIL
  • Lawak Orang Malaysia: Ke Sana Ke Sini oleh NUDS
  • Jatuh oleh FURQAN ILAHI
  • Koo & Cheng: Kita Jaga Kita oleh DANIAL HAIKAL
  • Barisan Hadapan oleh KIMI
  • Lawak Orang Bujang: Penjarakan oleh FROGGYPAPA
  • Janji oleh SULAIMAN SHAARI
  • Tugas oleh PAKNGAH ALIPZ

Komik barisan hadapan ini mengandungi komik-komik pendek dan banyak pengajaran yang kita boleh ambil. Contohnya setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah yang kita tak nampak. Setiap kehidupan semua dah tersusun cantik. Yang pasti kita kena redha dan terima dengan hati yang terbuka.


Catat Ulasan

0 Ulasan