PENGALAMAN PAHIT SEBAGAI MANUSIA

aesthetic, believe, and motivation image

Assalamualaikum.

Setiap manusia wajib melalui pengalaman hidup sama ada baik ataupun buruk. Yang membezakan kita daripada orang lain adalah sama ada kita ambil pengalaman yang menyakitkan itu sebagai ikhtibar atau sekadar angin yang berlalu pergi. 

Begitu jua dengan aku yang melalui pengalaman yang terlalu pahit sehinggakan jika boleh diberi kepada orang lain, belum tentu mereka dapat atasi masalah itu. Tapi untuk post ni aku cuma ceritakan salah satu pengalaman yang boleh dikatakan kesakitan paling bawah dan tidaklah terlalu melukakan dalam dunia bisnes. 

Nak dipendekkan cerita, sebelum ni aku pernah jadi dropship butik terkenal di Selangor dan jumlah jualan ketika tu boleh dikatakan tinggi untuk taraf dropship macam aku. Untung tak banyak dalam RM3 sahaja jadi aku banyakkan target "volume". Aku memang tak buat promosi di mana-mana media sosial melainkan Shopee sahaja. Seronok memang seronok tapi makian dari pelanggan memang tak pernah lekang di bibir mereka hanya disebabkan Hq lambat proses order walhal sudah dinyatakan "pre order". Perkataan penipu pun aku sudah lali dengar sedangkan tidak kaya pun aku dengan RM50 dia tu. Ini belum campur lagi tekanan bila pelanggan mula bagi "rating" 1 bintang disebabkan posmen lambat hantar barang. Masalahnya sekarang ni apa kena mengena aku dengan kepantasan posmen bekerja?

Tapi malang tidak berbau, tak sampai beberapa bulan Hq buat keputusan mengejut untuk buang semua dropship tanpa tinggal seorang pun dan aku salah seorang yang cuba memujuk pengasas butik tersebut supaya tidak teruskan rancangan. Pujukan aku tak berjaya. Dalam fikiran memang tidak adil langsung buat aku yang tidak pernah sekali pun buat hal dan terpaksa menanggung akibat daripada perbuatan orang lain.

quotes image

Diam sekejap buat  beberapa bulan dan aku sambung dengan produk lain tapi masih dalam niche fashion. Sama juga situasi seperti sebelum ni aku banyakkan main "volume" dan masih lagi di taraf dropship. Masa ni tengah "trend" inner silang dan memang jualan setiap hari macam pisang goreng panas. Kali ni aku masuk Instagram dan Facebook. Penat. Memang aku penat. 

Namun ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Aku kena buang disebabkan hasil jualan setiap bulan tak sama taraf dengan stokis lama Hq. Kali ni aku sangat kecewa disebabkan aku tiada bakul lain dan aku buat keputusan untuk berhenti terus. Sudahlah Hq asyik cari pasal dan semua yang aku buat salah di matanya. Luka di hati masih pedih, ditambah lagi dengan luka baru dan akhirnya ditabur garam. Mana tak jatuh terduduk. 

FedEx, life, and adulting image

Banyak kali tersungkur tapi bukan semuanya pahit. Pencapaian tertinggi dan aku paling bangga bila dapat capai target 3k sebulan. Emas jadi hadiah dari Hq dan aku masih simpan sampai sekarang. Aku bersyukur diberi pengalaman begini yang menjadikan aku seorang manusia seperti orang lain. Aku pegang kata-kata ini.

Yang sementara jangan diharapkan semuanya berjalan sempurna. Kerana dunia bukannya syurga. Jika syurga pun, ia tetap disebut ‘syurga dunia’. Tidak hanya satu kata. Ia dua kata. IluvIslam

1 Comments

  1. Pengalaman yang mematangkan walaupun sakitnya hanya kita yang rasa..
    Semoga terus kuat dan tak mengalah..

    ReplyDelete