Pengalaman Sem 5 Diploma Pengurusan Ladang.


Assalamualaikum setelah berzaman-zaman aku tinggalkan blog disebabkan lambakan assignment dan test yang boleh dikatan setiap minggu ada finally aku kembali semula :)

Alhamdulillah pada 16/4/2017 aku berjaya menamatkan Semester 5 DPIM. Bila diingatkan balik memang aku sendiri pun keliru macam mana aku boleh tercampak ke Jasin dan lagi pelik kenapa aku terima course ni sedangkan aku paling tak suka nak belajar benda-benda ni semua. Sampaikan 1 masa aku terfikir adakah aku akan sampai ke sem 5 atau aku akan berhenti di tengah jalan? Namun betullah apa orang tua cakap yang Allah dah aturkan semuanya untuk kita dengan sebaik-baiknya walaupun kita tidak suka.

Alright berbalik kepada awal sem 5 masa tu aku dah rasa betapa stress nya apabila dapat duduk kolej tingkat 4 dan betapa susahnya untuk aku bawak barang aku yang sedozen tu naik tingkat 4. Asalkan ada line mungkin ok bagi aku. Aku masih berada dalam kelas yang sama cuma semester 5 ni aku lebih banyak luangkan masa walaupun tak banyak sangat dengan rakan-rakan aku yelah nanti praktikal mana lagi nak jumpa.

Sebelum tu mehh sini aku listkan subjek yang aku belajar untuk semester 5.


  • Entrepreneurship- Subjek ni berkaitan dengan bisnes dan group aku kena siapkan business proposal yang setebal kamus yang boleh membuatkan semua orang jadi marah dan stress disebabkan kepayahan nak menyiapkan proposal ni. Dalam setiap proposal akan ada Manager, Admin Manager, Marketing Manager, Operational Manager dan Financial Manager. Yang paling sakit ialah Financial Manager dan aku nasihatkan tolong lah kasi member kau yang bijak sikit untuk jadi FM ni. Dalam masa yang sama setiap group kena prepare untuk hari presentation di mana kami kena buat produk tersebut dan present kepada orang ramai.

  • Extension- Subjek ni lebih banyak sentuh pasal extension agent, siapa diaorang ni dan sebab apa diaorang penting. Untuk subjek ni pun kami disuruh menyediakan 1 produk yang akan memudahkan urusan petani sama ada kami buat produk baru atau inovasi kan produk yang sedia ada. Disebabkan group aku boleh dikatakn kedekut terutamanya aku, kitaorang decide untuk buat yang low cost dan mudah untuk dilakukan. Dan paling mengejutkn ada je pelajar yang merasakan produk kami ni sampah berdasarkan survey yang kami buat.

  • Land Survey- Subjek paling aku benci sebab aku tak faham habuk pun dalam kelas. Kiranya subjek ni level susah sama macam belajar enjin sem 4. Hadap buku je mesti nak mengamuk. Tapi aku beruntung sebab dapat lect yang sentiasa bantu student dia dari segi test dan report.

  • Farm Management.- So farm ni lebih kurang sama macam ENT lagi-lagi untuk assignment. Dalam setiap proposal akan ada Manager, Admin Manager, Marketing Manager, Operational Manager dan Financial Manager. So kali ni aku jadi Admin sebab untuk ENT aku dah serik sangat jadi FM. Subjek ni pun banyak sangat kira-kira jadi kalau terlepas walau 1 kelas memang sakit jugak lah.

  • Secondary Crops Production.- Subjek paling aku tak suka sebab sumpah banyak gila crops nak hafal. Sekali test berlambak nak kena baca sampai tertukar dengan crops lain. Yang ini memang aku giveup betul masa study sebab memang berpinar hafal.

  • Agricultural Products Marketing. - Bagi aku ni subjek mengantuk sebab semua nya membaca dan assignment pun susah juga. So yang ini belajar pasal selok belok marketing.





Cara tebus sample Whiskas untuk anak bulus.


Assalamualaikum. Alhamdulillah kali ni dapat free sample Whiskas untuk anak bulus yang makin gemok. Jadi post kali ni aku nak cerita cara mudah untuk dapatkan sample Whiskas ni. Nanti Whiskas Malaysia akan hantar sample ni cuma tak diberitahu bila jadi korang kena alert sikit lah sebab memang tak kan dapat tracking number.

Sample ni akan diberi dalam kotak dan ada 3 peket. Kita boleh pilih umur kucing sama ada anak kucing (2-12 bulan) dan dewasa (1 tahun ke atas. Pastikan pilih betul-betul tau sebab sample ni akan diberi mengikut umur kucing korang.

Ikut step di bawah untuk tebus sample Whiskas,

1) Klik link ni ( CLICK SINI )
2) Klik SAYA NAK.



3) Pilih umur anak bulus korang.


4) Isi data yang diminta untuk tujuan postage. Nampak tak ada bahagian Nama Kucing tu? Nanti kan dekat slip poslaju akan letak nama kucing korang tu. Lepas tu klik Hantar.


5) Akhir sekali korang kena log masuk FB. Dan selesai. Korang hanya perlu tunggu sample ni dihantar ke rumah korang. Kalau korang rasa nak dapat banyak sample kan, korang letak lah email yang berbeza-beza tapi pastikan email tu aktif sebab nanti korang akan diberi kod diskaun LAZADA bila korang beli Whiskas.


Ni aku punya sample dan memang serius anak bulus sangat suka.



Berjaya tebus barang dengan Woop.my


Assalamualaikum. 

Pernah dengar woop.my? Tahu tak yang sebenarnya kita boleh dapat percuma dengan hanya menjawab survey yang disediakan? Nampak macam tipu kan? Percayalah benda ni benar-benar belaka dan aku dah berjaya tebus bukan 1 tapi 3 barang daripada woop.my ni.

Barang pertama yang aku tebus ialah Dettol vanity kit. Sebenarnya tisu basah (wet tissu) jenama Dettol dan sesiapa yang kenal dengan aku akan tahu yang aku ni wajib ada wet tissue dalam simpanan tak kisahlah jenama apa sekali pun. Walaupun dah banyak kali aku kena ejek dan ramai sangat tanya nak buat apa wet tissue ni? Nak lap bontot baby? -_- Jawapan aku senang. Orang pembersih selalunya ada wet tissue. 

Barang kedua pula yang aku tebus sebenarnya tisu basah juga. Kiranya aku dapat dua peket tisu basah lah. Semuanya disebabkan aku salah letak alamat jadi aku tebus buat kali kedua dan rupa-rupanya tebusan aku yang pertama tu sampai juga ke destinasi. 


Barang ketiga aku dapat ialah pampers new born saiz M. Tak silap aku jenama Fitti Gold dan aku kena buat cabaran yang disediakan tapi malangnya aku nak sarungkan dekat siapa sebab saiz M terlalu kecil. Aku harap sangat selepas ni aku berhati-hati dalam memilih cabaran dan survey yang disediakan haha.

Ehem, Tak kan tengok je aku dapat barang free? Seronok tau dapat barang free walaupun kecil je. 

Ikut je langkah dekat bawah ni dan register.


1) Click website ni. woop.my

2) Daftar macam biasa.

3) Dah selesai daftar boleh terus buat survey yang disediakan. Lepas point yang terkumpul cukup, bolehlah korang tebus apa-apa yang korang berminat.