Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Ticker

Beli barang keperluan murah di S-MART ( SOLD BY SHOPEE )


FOOD

Assalamualaikum.

Semua dah sedia maklum tentang aplikasi Shopee tapi korang tahu atau tidak bahawa Shopee ada kedainya sendiri seperti penjual lain? Namanya S-Mart (SOLD BY SHOPEE) dan harga barang yang ditawarkan boleh dikatakan berbaloi juga. Setahu aku semua stok memang Shopee pegang dan memang tiada masalah nak beli banyak sekali pun. Bila diselidik, rupanya Shopee mempunyai pelbagai jenis kedai. Sama ada kita jumpa ataupun tidak je

Aku cuba untuk beli beberapa barang yang berjumlah RM30 dan aku guna buat keputusan untuk menggunakan Shopee coins yang aku telah kumpul sebanyak RM6. Selesai bahagian bayaran, aku muka berdebar menunggu barang sebab kali ni boleh tahan jugak lah aku beli dekat S-Mart. Tapi malangnya sistem Poslaju bermasalah dan aku tak dapat trace barang aku dekat mana. Nasib baik sampai dengan selamat.


Mac and cheese

Aku beli 5 peket mac and cheese. Ikutkan hati nak beli dalam 7 peket tapi stok yang tinggal hanya 5.  Walaupun aku ada penyakit gastrik ini tidak menghalang aku untuk jatuh cinta pada cheese. Senang sangat nak buat ni, Insyaallah aku akan buat post lain cara nak masak macaroni cheese.


7up

Air 7up ni aku beli sebab nak cukupkan jumlah untuk melayakkan aku dapat FREE SHIPPING (kedekut kan). Aku memang tak nak keluarkan duit walau RM5 untuk bayar postage. Yelah kan dah ada free kenapa nak bayar. Pendapat aku, lebih baik sekiranya aku beli barang dan cukupkan minima free shipping daripada aku keluarkan RM5 tapi tidak dapat apa-apa barang.

Senang cerita ini adalah senarai barang yang aku beli dari S-MART(Sold by Shopee). 

·         Macaroni cheese (5 peket)

·         Air tin 7up (1 tin)

·         Coklat

·         Ramen samyang original (1 je)

·         Ramen samyang jjajang (1 je)

Belian kali pertama ini aku memang puas hati. Semua barang-barang aku S-Mart (Sold by Shopee) balut dengan menggunakan bubble wrap dan letak di dalam kotak jadi takda satu pun yang rosak terutamanya coklat dan air tin.


NAK JUAL BARANG DI SHOPEE?

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. ehemmm.. kite rajin beli food kat Shopee tapi tak pernah bukak kedai Shopee punya.
    will try soon =D

    BalasPadam
  2. baru tahu pasal S-Mart nie. boleh lah lepasni pergi beli kat mall nie..

    BalasPadam
  3. tak pernah beli dekat S-Mart..
    Tak sabar nak baca macam mana nak masak macaroni cheese tu..

    BalasPadam