Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Ticker

Pengalaman Ditipu Majikan.

 Assalamualaikum.

Dah lama saya tak menulis tentang pengalaman hidup. Jadi kali ini, seperti tajuk di atas saya nak bercerita mengenai pengalaman ditipu majikan.


IKLAN JAWATAN KOSONG.

Semuanya bermula apabila saya terbaca satu iklan jawatan kosong di laman Facebook. Kerjanya adalah sebagai sales team yang bekerja dari rumah. Bagi yang tidak tahu, tugas seorang sales team adalah memastikan setiap lead yang whatsapp dapat close sale. Mudah sahaja kan? 

Syarikat ini bertapak di Selangor yang diuruskan oleh sepasang suami isteri. Lengkap dengan SSM dan segala yang diperlukan untuk menubuhkan sebuah syarikat. Mereka menjual pakaian muslimah dan memerlukan sales team yang padu dalam close sale. Di awal temuduga, saya ditanya pelbagai soalan dan Alhamdulillah saya berjaya jawab dengan cemerlang. Tetapi, saya disuruh bayar yuran kemasukan sebanyak RM20. Daripada situ, saya dah mula ragu-ragu sebab majikan yang sepatutnya bayar saya dan bukannya saya bayar mereka. Tetapi saya teruskan saya niat untuk bayar disebabkan nombor akaun adalah sama dengan nama syarikat mereka.


SKRIP CLOSE SALE.

Apabila saya selesai buat bayaran, maka bermula lah tugas saya sebagai sales team. Iklan Facebook diuruskan oleh majikan dan lead yang berminat akan tinggalkan nombor telefon. Dari situ, saya kena whatsapp setiap lead dan ikut skrip yang telah diberikan oleh mereka. Skrip pula memang lengkap dari awal pengenalan produk hinggalah nombor akaun. Skrip untuk follow up keesokan harinya juga diberi. Saya cuma perlu copy paste sahaja dan berikan kepada lead. Di dalam group sales team boleh tahan ramai juga dan sales saya antara yang paling tinggi untuk staff baru. Rezeki saya murah kerana mudah untuk saya dapatkan resit bayaran daripada lead. Cuma agak menyusahkan apabila telefon yang saya guna berada dalam keadaan nazak. Jadi semua kerja saya bertambah lambat berbanding orang lain.

Gaji pula diberi menggunakan kaedah komisyen %. Saya tak berapa ingat berapa % yang diberi daripada setiap sales. Yang saya pasti, sales saya banyak dan antara yang paling tinggi. Cukup 2 minggu, saya mula keletihan kerana ada masa lead nak bayar pada waktu malam dan banyak borang yang saya kena isi bagi pihak mereka. Tetapi ini tidak mematahkan semangat saya dan saya teruskan juga kerja dengan bersungguh-sungguh.

Sampailah satu ketika, apabila majikan menyuruh semua staff baru untuk berikan sebab yang munasabah kenapa mahu bekerja di syarikat mereka. Jawapan yang tidak memuaskan hati akan dianggap tidak serius dan ditendang keluar. Masa ini saya dah mula marah. Kenapa saya perlu berikan alasan begitu sedangkan semasa sesi temuduga tidak dinyatakan langsung mengenai perkara ini. Dan mereka sudah bertanya soalan ini pada awal-awal temuduga. Kalau lah saya ini tak serius, saya mesti tidak akan capai jumlah sales setinggi itu. Bagi saya, soalan ini patut ditanya pada staff yang tidak buat sales langsung. Mentang-mentang yang datang cari kerja semuanya terdesak jadi adakah patut majikan buat perkara begini.


DITIPU MAJIKAN.

Saya tidak tahu jawapan apakah yang mereka mahukan daripada saya. Salah jawab boleh kena tendang keluar. Lagi salah kalau olah semula jawapan yang sama ketika sesi temuduga. Terasa seperti kena buli pula. Dipendekkan cerita, majikan mengatakan saya tidak serius dan buang saya daripada group. RM20 yang dibayar sebagai yuran kemasukan, hilang begitu sahaja tetapi saya tidak kisah sebab sudah dinyatakan bahawa duit tersebut tidak akan dikembalikan. Yang menyedihkan hati saya apabila komisyen saya tidak dibayar walaupun 1 sen. Semasa temuduga majikan tidak nyatakan pun sekiranya dibuang, komisyen tidak akan dibayar padahal itu adalah hak saya. Adakah ini cara mereka untuk cari duit tepi syarikat mereka?

Sampai sekarang saya masih ingat dan tidak maafkan perbuatan khianat mereka. Apa gunanya niat berdakwah melalui jualan pakaian muslimah tetapi khianat saudara Islam sendiri?

Adalah patut ke saya lupakan perbuatan mereka? 

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Allahu so sorry to hear berkenaan ni, tak patut betul majikan tersebut buat begitu, nampak seolah alasan untuk suka-suka berhentikan & tak bayar gaji pekerja. Saya tak berapa tahu bagaimana nak fight dari segi law, tak sure if boleh cuba report pada pejabat buruh. Hopefully ada yg lebih arif membantu. Stay strong dan moga ada lebih bnyk pintu rezeki dtg nnt Aamiinn.

    BalasPadam
  2. Allahu. Boleh lapor ke pihak berkenaan perkara sebegini. Ini salah guna dan very wrong.

    BalasPadam
  3. satu pengalaman yg berhatga.. mmg akan ingat sampai bila-bila .boleh report pd yg berkenaan

    BalasPadam
  4. Allahu kesiannya tapi kalo berkenaan majikan boleh terus direct ke labor office sbb memang boleh fight. Memang ada akta dia

    BalasPadam
  5. Sebenarnya, akak pun ada pengalaman mencari kerja begini. Rasanya pengalaman tahun 2006 macam tu. Baca iklan jawatan kosong di akhbar pada masa tu memang nampak real. Lokasi interview di Imbi Plaza. Kerja taip dokumen part time bawa pulang ke rumah. Submit pakai pen drive. Masa tu zaman belajar di University. Fikir boleh la tambah pendapatan. Ambil dokumen setiap minggu. Ambil dokumen sekali beri pendrive. Ok la kan? Tapi masa interview tu dah pelik. Interview serentak dengan sorang lagi candidate lelaki. Org yang interview tu macam asyik was was nak cakap. Anyone can enter keluar masuk bilik. Akak dah rasa macam something. Submit resume, bayar rm 20 utk locked la konon. Akak bayar dan lepas tu istighfar ya Allah jangan lah jumpa lg tempat macam ni. Bahaya gila. Itulah pengalaman. Sampai sekarang masih ingat. Sebab tu kalau apply kerja, akak trust SPA utk jawatan kerja kerajaan dan utk swasta, akak lebih suka kawan rekemen. Kawan yang kita percaya lah. Percaya pada naluri kita. Rasa macam ujian sekejap kan. Serammmm.

    BalasPadam
  6. Ishhh masih ada yang tak berhati perut macam ni ya... takpelah anggap bukan rezeki, jika perlu buat report, pergilah, biar takde plak mangsa seterusnya...

    BalasPadam