Assalamualaikum.
Kali ini saya nak cerita sikit pengalaman buat lesen P di Jpj. Saya ingatkan boleh pergi ke UTC dan buat di sana sama seperti buat IC baru tapi rupanya bukan. Nasib baiklah saya Google dulu apa yang patut sebelum pergi ke sana.
Sebelum pergi ke Jpj ada beberapa perkara yang perlu dibawa seperti kad pengenalan (IC), keputusan lulus ujian Jpj, gambar passport latar belakang putih dan duit RM60. Untuk keputusan ujian tu, saya cuma bawa kertas yang menunjukkan saya lulus sahaja. Kalau korang ambil sampai 5 kali dan kali kelima baru lulus maka bawalah yang itu sahaja. Tak perlu bawa keputusan yang gagal.
Sampai di sana, saya terus ambil nombor giliran dan menunggu dengan penuh debar. Takut juga sebenarnya kerana saya tidak pernah sekali pun sampai di Jpj dan nasib saya baik ayah mahu temankan saya. Kalu tidak mahu keras macam batu je dekat situ. Setelah nombor dipanggil, saya terus pergi ke kaunter dan beritahu nak buat lesen P. Saya beri semua yang dibawa dan bayar RM60 untuk lesen yang akan bertahan selama 2 tahun.
Selepas itu, saya perlu tunggu sebelum dipanggil semula ke kaunter lain untuk kutip lesen yang sudah siap. Tidaklah lama mana pun proses ini. Tidak sampai 30 minit pun dan saya terus beredar pulang ke rumah.
Jadi secara ringkasnya ini yang korang perlu buat sebelum pergi ke JPJ.
1) Lulus untuk Bahagian 2 dan 3.
2) Kad Pengenalan.
3) Keputusan Lulus.
4) Gambar passport.
5) Duit.
Itu sahaja untuk post kali ini. Pendek dan ringkas. Tahniah saya ucapkan kepada yang lulus ujian memandu. Pada yang belum lulus, jangan putus asa kerana awak tidak berseorangan menghadap kegagalan ini. Yang pasti kena semangat dan sentiasa berdoa supaya Tuhan permudahkan urusan awak.
21 Ulasan
Betul , sekarang ni sebelum buat apa-apa urusan sebaiknya google dulu. Bukan apa , ianya boleh elakkan kita dari tersalah tempat dan membazir masa. Lagi waktu sekarang ni kita kena terhadkan pergerakkan. Apapun tahniah kerana dah lulus ujian memandu dan ada lesen P.
BalasPadamits ok..kita pun banyak kali gagal juga. alhamdulillah sekarang dah ada lesen full pun
BalasPadammacam saya SELALU direct dengan myeg.talk macam nnimlahi senang sekua urusan
BalasPadamCongratulations on getting your driving license. Now memandu di atas jalan dgn cermat dan selamat ya. Thank you for sharing your experience with me. Take care.
BalasPadamperkongsian yang baik sis, memang pengalaman yang manis untuk dikenang, akak dulu pun sendiri je uruskan di jpj tau je dah lulus haha
BalasPadamSaya exam bertulis 2 kali baru lulus. First tu tak cukup 1 lagi untuk lulus, second time 1 lagi tak cukup fullmarks. Agitew. Keep on fighting
BalasPadamCongrats on your new license. Thanks for sharing your tips. Be safe on the road and practice make perfect
BalasPadamFuhh masa ambil lesen ni memang seram sejuk. Ujian komputer pun seram. Latihan memandu pun seram. Exam ngan JPJ pun seram. Pi daftar pun seram. Nak bawa kereta mak lepas dapat lesen pun seram. Memang menyeramkanlah masa ni. Hahaahaha.
BalasPadamCongrats dah dapat lesen kereta, dulu i pun pergi JPJ but lepas itu untuk renew boleh buat online.
BalasPadamTahniah.. sama dengan anak bujang Sis, pun baru dapat lesen P..
BalasPadamLepas ni bawa kereta dengan penuh hati-hati ya... ke rempit ni hahahaha
Cakap pasal lesen ya rabbi lamanya lesen sy amik dulu..haha..masa umur 22..bila baca pengalaman org amik lesen mula terimbau kenangan heheh
BalasPadamDah lama ambik lesen. Tak ingat dah prosedur dia macam mana. Tapi nak mengadap test tu memang jenuh jugakla
BalasPadamBaca pengalaman sis ni reminded me our my past experience.. rupanya dah more than sedekad dah for my case :) Good sharing ni tak semua benda boleh buat kat UTC.. good to know about this..
BalasPadamAhak kalau firstime nak buat lesen kereta P ras amemng kene p JPJ, then lepas tu baru boleh tukr dekat pejabat pos.
BalasPadamthis brings back great memories when i took the license dulu!
BalasPadamwoow...thanks so much for sharing this personal experience with all of us here. will learn from your experience then. cheers, siennylovesdrawing
BalasPadamkita ada lesen pun dah lama x bawa kereta. suami tak bagi drive, dia jer nk bawa ke mana2
BalasPadamTahniah dah dapat kelulusan JPJ hehehehe moga terus menjadi pemandu berkhemah hehehehe kita pun dah lama tak ujian pandu macam ni wakakakak teringat dulu masa belajar memandu...
BalasPadamKena tunggu 3 hari ke baru boleh pegi jpj utk buat lesen P atau esok tu dah boleh terus pergi ?
BalasPadamcikgu saya suruh tunggu dulu.
Padamsrs la rm60 ? sebab tempat saya belajar memandu dia cakap cuma beberapa ringgit sahaja untuk lesen P yang 2 tahun tu
BalasPadam