Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Ticker

PENGALAMAN LATIHAN INDUSTRI DIPLOMA PENGURUSAN LADANG UiTM MELAKA KAMPUS JASIN (DPIM)

Assalamualaikum. 

Sekian lama terbiar blog ni so aku nak untuk update lah sedikit pasal pengalaman LI ataupun orang selalu panggil praktikal. Tapi sebelum tu aku mintak maaf sangat kalau komen korang dibiarkan begitu sahaja sebab aku pun jarang bukak blog ni. Ikutkan hati dah malas nak update tapi apa lah sangat sekadar nak berkongsi info dan idea sikit lah bagi yang blur-blur katak macam aku. Lagipun ada stalker terhebat dalam kalangan kawan aku ni selalu tanya bila nak update blog. Haha 

Aku nak ingatkan post kali ni sangat panjang dan kalau korang baca sampai habis insyaallah korang akan dapat sesuatu yang bermanfaat. Tapi kalau malas nak baca penerangan panjang lebar ni korang pi tarik kawan kau tu suruh dia baca lepas tu ringkaskan je dekat kau. Pemalas!

Jadi siapa yang ambil DPIM korang memang sah-sah lah wajib praktikal walaupun benci sekalipun. Macam aku praktikal masa SEM 6 dan sekarang ni masih belum habis lagi sebab aku kena buat presentation tak lama lagi. 

Praktikal ni lebih kurang macam korang bekerja jugaklah. Bagi yang tak pernah langsung ada pengalaman bekerja, memang akan rasa berdebar lagi-lagi korang praktikal tempat yang memang tak pernah korang pergi. Macam aku memang tak kerja daripada dulu jadi aku pun lebih kurang nebes juga dan paling kelakar acah-acah pergi praktikal sorang je tanpa kawan :p

Masa SEM 5, lecturer akan panggil 1 batch untuk buat perjumpaan berkenaan LI dan akan diterangkan prosedur yang aku akan lalui nanti. Bawah ni lebih kurang apa yang diceritakan dalam meeting tu.

1) Tempat yang dicadangkan untuk siswa dan siswi.
Nama pun cadangan so korang boleh lah pilih sama ada nak pergi atau tak. Untuk siswi DICADANGKAN masuk praktikal tempat yang tak hardcore sangat contoh pejabat atau ladang biasa tapi kalau kau nak pergi Tabung Haji atau Sime Darby tu lantak kau lah labu. Takda siapa pun nak halang cuma nanti jangan pula meraung nak balik rumah :p 

Untuk siswa pun ada beberapa cadangan yang diberi dan sangat digalakkan masuk ladang untuk buat kerja-kerja ladang tapi kalau nak duduk ofis je pom bolehhh. Dan katakan lah tempat yang korang apply tu senyap seribu bahasa je mungkin bermakna korang tak diterima atau memang surat tu tak sampai. 

2) Tempoh masa yang diberi.
Tempoh masa yang diberi dekat korang adalah kot beberapa bulan atau minggu untuk siapkan semua resume dan segala mak alah yang diperlukan seperti transcript. Ehh korang jangan ingat dah ada semuanya akan setel. Tak ok. Korang pun kena pergi carik mana-mana lecturer yang pernah ajar korang sebelum ni dan masih berada dekat kampus korang tu lah untuk dapatkan pengesahan daripada dia seperti tandatangan dan cop. Nampak macam leceh kan tapi tak pun sebenarnya lagi-lagi kalau korang baik dengan lecturer senang je mintak. Tapi aku dulu tak mintak cop pun cuma mintak tandatangan je mintak pengesahan haha.

Selepas dah setel dan pass dekat lecturer in charge, korang tunggu lah permohonan korang di pos kepada syarikat yang korang mintak dan sebab tu sangat penting korang dapatkan alamat HQ yang betul. Contoh korang pilih nak praktikal dekat Pejabat FAMA Daerah Kota Setar tapi korang kena hantar permohonan tu dekat HQ FAMA Kedah. Lebih kurang gitulah masa aku apply hari tu.


3) Nak pilih dekat atau jauh.
Yang ini ikut suka hati korang nak pergi jauh atau dekat. Kalau jenis tak boleh pisah dengan family atau memang mak ayah tak kasi pergi jauh korang ambil je lah dekat-dekat. Duduk je dengan family tu jimat duit. Tapi kalau korang nak pergi jauh sampai Perlis pun takda orang heran pun sebab yang nak pergi ke hujung Malaysia tu korang jugak.

Lagi satu, digalakkan pergi dengan kawan nanti takdalah tercongok je lagi yang macam aku ni susah nak bergaul dengan orang baru. Memang ambil masa berbulan lah baru aku nak bukak mulut kalau tak memang aku zip je mulut ni. Ada emas kan mana boleh bukak.


4) Hello Encik, permohonan saya macam mana?
Dah nama pun permohonan jadi memang lah slow sikit encik-encik tu nak respon. Dia ada banyak lagi kerja nak siapkan jadi korang tunggu lah sikit. Ada sesetengah company tu dia terus call student yang berjaya dan selalunya pakai nombor ofis. So korang jangan lah mengada tak nak angkat nanti tak berjaya masuk tau lah. Dan korang jangan terkejut ada yang buat interview masa call tu macam MARDI Jalan Kebun yang ada dekat Selangor tu. Ni aku dah pecah rahsia ni jadi korang yang nak praktikal sini siap sedia lah ye. And plish jangan tanya soalan apa sebab aku pun takk mintak sini.

Interview selalunya fully English jadi korang dilarang gagap dan cakap tak tahu lah jawapannya encik. Memang korang tak lepas nak masuk sebab ada juga kawan aku yang jadi macam ni. Ada juga permohonan yang dibalas melalui emel oleh pihak sana jadi rajin-rajin kan jari jemari yang dah gempal tu untuk check emel setiap hari.


5) Saya nak duduk mana ni?
Bukan semua tempat sediakan rumah untuk student praktikal jadi korang kena lah pandai bertanya atau google sendiri sama ada tempat tu ada sediakan rumah. Kalau takda korang pandai-pandai lah sewa sendiri rumah.


Elaun pula sebenarnya atas budi bicara pihak sana jadi kalau takda korang janganlah tak malu pergi mintak banyak kali. Adoi.

6) Yeah saya dah dapat tempat praktikal.
Bila dah berjaya dapat tempat tu tak perlu pun korang nak bagitahu berulang-ulang kali dekat orang lain lagi-lagi yang masih belum dapat apa-apa berita kesian dia tau tak haha :P


--------------------
notes, study, work image, and PENGALAMAN LATIHAN INDUSTRI DIPLOMA PENGURUSAN LADANG UiTM MELAKA KAMPUS JASIN (DPIM)

Ok setel bab atas ni, so aku sambung je lah sikit. Masa praktikal tu korang akan diberi kerja ikut skop yang korang mintak. Nanti ada borang lecturer bagi dan korang kena isi ikut apa yang korang nak belajar. So pihak sana akan tengok lah mana yang dia boleh ajar dekat korang. Praktikal ni bukan bekerja je tapi dalam masa yang sama korang akan belajar banyak benda dan student akan dapat SUPERVISOR yang akan perati kan korang. Alah macam tak biasa je ada SV :P

Segala tingkah laku akan diperhatikan oleh SV sama ada korang ni menepati waktu atau pemalas tahap gaban sampai rasa nak bagi pelempang. Diaorang akan nilai dan bagi markah dekat korang nanti dan kalau perangai korang teruk nauzubillah memang confirm fail. Biar jadi pengajaran sikit dekat orang pemalas macam tu. Tapi kalau perangai baik dan tak melawan SV insyaallah markah cemerlang berwarna warni siap wangi-wangian dia bagi. Silap hari bulan diaorang rindu dekat korang. Haha yelah perangai dah macam anak-anak dia dan confirm sangat korang ni perangai masih budak-budak termasuklah aku. 

Tinggal lagi seminggu korang nak habis praktikal, akan diadakan sesi presentation di hadapan SV. Haaaa present sendiri ok bukan group dan majoriti hampir semua tempat ada buat macam ni. Siapa yang tak buat tu amat beruntung lah beliau. Ada borang markah yang akan diisi oleh SV masing-masing dan ada juga surat untuk lecturer dalam sampul surat (sulit) tapi aku bukak je sebab nak tengok markah berapa. 

Berkaitan report pula, aku kena buat dalam 3 hardcopy report. Yang pertama report tulis dalam buku log, wajib tulis setiap hari beserta 3 gambar dan caption walaupun korang hanya duduk termenung ( macam korang buat report ladang tu ). Report kedua kena taip, print dan submit pada lecturer pada hari presentation kat UiTM ( lepas habis praktikal ). Report ketiga kena submit pada SV sekiranya diminta. Aku nak nasihat sikitlah, pastikan report korang buat kemas sebab kadang tu bukan SV je baca tapi staff lain pun akan semak so korang tak rasa malu ke kalau buat report cincai?

    Catat Ulasan

    4 Ulasan

    1. Tarot pon akan latihan industri sem ni

      Singgahlah sini,
      http://tarotthefool.blogspot.com/2018/01/memohon-sumbangan-untuk-program_21.html

      BalasPadam