Cara tebus sample Whiskas untuk anak bulus.


Assalamualaikum. Alhamdulillah kali ni dapat free sample Whiskas untuk anak bulus yang makin gemok. Jadi post kali ni aku nak cerita cara mudah untuk dapatkan sample Whiskas ni. Nanti Whiskas Malaysia akan hantar sample ni cuma tak diberitahu bila jadi korang kena alert sikit lah sebab memang tak kan dapat tracking number.

Sample ni akan diberi dalam kotak dan ada 3 peket. Kita boleh pilih umur kucing sama ada anak kucing (2-12 bulan) dan dewasa (1 tahun ke atas. Pastikan pilih betul-betul tau sebab sample ni akan diberi mengikut umur kucing korang.

Ikut step di bawah untuk tebus sample Whiskas,

1) Klik link ni ( CLICK SINI )
2) Klik SAYA NAK.



3) Pilih umur anak bulus korang.


4) Isi data yang diminta untuk tujuan postage. Nampak tak ada bahagian Nama Kucing tu? Nanti kan dekat slip poslaju akan letak nama kucing korang tu. Lepas tu klik Hantar.


5) Akhir sekali korang kena log masuk FB. Dan selesai. Korang hanya perlu tunggu sample ni dihantar ke rumah korang. Kalau korang rasa nak dapat banyak sample kan, korang letak lah email yang berbeza-beza tapi pastikan email tu aktif sebab nanti korang akan diberi kod diskaun LAZADA bila korang beli Whiskas.


Ni aku punya sample dan memang serius anak bulus sangat suka.