Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Ticker

PENGALAMAN LATIHAN INDUSTRI DIPLOMA PENGURUSAN LADANG UiTM MELAKA KAMPUS JASIN (DPIM)

Assalamualaikum.

Tahun lepas aku dah buat post pasal pengalaman praktikal tapi tak berapa nak detail sangat. Jadi kali ni aku akan cerita lebih lanjut apa yang aku buat masa latihan industri. Sebelum tu, siapa yang belum baca post aku sebelum ni sila rajinkan diri baca dekat sini. ( BACA SINI ) . Yang nak minta contoh report boleh email aku. 

----------------------------
education, inspo, laptop image, and PENGALAMAN LATIHAN INDUSTRI DIPLOMA PENGURUSAN LADANG UiTM MELAKA KAMPUS JASIN (DPIM)
Masuk je Sem 5 DPIM, aku terus kelam kabut carik tempat untuk aku praktikal selama beberapa bulan. Korang bayangkan batch aku yang duduk N9 memang boleh kira dengan jari tangan dan kaki, sebab majority batch aku daripada Selangor, KL dan Melaka. Maknanya, peratus untuk aku pergi praktikal seorang diri adalah sangat tinggi mencecah langit. Mak bapak aku pulak tak benarkan langsung aku praktikal luar dari N9 dan lagi bagus dapat dekat dengan rumah. Katanya senang nak ulang alik.

Ciss ! Buat penat aku je carik tempat best yang siap ada elaun -_- . Maka nya terpaksa lah aku cari dekat area N9 jugak. Dipendekkan cerita, 3 orang kawan aku ikut sekali dan masuk tempat yang sama. Gila ko tak berdebar. Rasa macam nak terbarai jantung ni lepas tu cantum balik punyalah nebes tahap gaban. Bila aku dah masuk ofis, sv datang kenalkan diri. Staff sana pun datang kenalkan diri. Isi segala borang dan duduk je lah tunggu aktiviti apa yang akan dibuat.

--------------------------

AKTIVITI


Aktiviti korang kat sana bergantung pada tempat dan SV korang. Macam aku ada aktiviti luar dan dalam office. Tempat lain 100% aktiviti luar walaupun bulan puasa sekalipun. Jadi korang kena pilih betul-betul tempat praktikal.


--------------------------

REPORT 

1) Report pertama

Setiap hari korang kena buat report bertulis dalam buku log. Masa aku dulu beli je buku log muka keras tu dan ikut arahan yang ada dalam kertas yg korang print. Kertas tu macam panduan tulis report buku log. Lecturer akan kasi softcopy dan korang print sendiri. Wajib ada sekurang-kuranya 3 gambar beserta caption. Sama macam korang buat report ladang dulu.

2) Report kedua
Report ni akan submit pada lecturer pada hari presentation dekat UiTM. Pun sama ada panduan yang korang kena ikut. Contohnya macam objecktif,  background organisasi dan lain-lain. Untuk report ni memang lecturer takkan kasi contoh. Pandai-pandai koranglah mintak kat senior. Kalau korang nak report aku boleh mintak kat email tapi dengan syarat jangan tiru bulat2 sebab plagiarism is wrong dan grammar aku pun berterabur.

3) Report ketiga
Sama macam report kedua tapi ni submit dekat SV sekiranya diminta. So cover untuk report mestilah logo tempat korang praktikal.

--------------------------

 PRESENTATION

Lepas korang dah habis praktikal, korang akan rest beberapa bulan mengikut tarikh presentation koranglah. Ni memang akan buat depan lecturer dekat UiTM dan markah individu. Bawa dokumen yang diminta macam dalam panduan dan buat banner report korang. Alah macam presentation korang selalu buat tu.

--------------------------

RESULT PRAKTIKAL

Result praktikal akan keluar macam result exam sama ada kat student portal atau email. Sama ada lulus atau fail. 

--------------------------

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. borang li tu kolej hntrkan or kena hntr sndiri ke syarikat tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. UiTM hantarkan. Lect akan bertanggungjawab tapi memang slow lah. Saya dulu pi hantar sendiri by post.

      Padam
  2. Boleh explain x kalau lepasan spm nak ambil kos ni

    BalasPadam