Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Ticker

REVIEW BUKU | THE LAST KINGDOM SKYFALL & GHOST PROTOCOL By HADI FAYYADH

Assalamualaikum. 

Nama Hadi Fayyadh memang tidak asing lagi di kalangan peminat buku terutamanya aku. Buku yang ditulis beliau begitu terkenal dan selalunya dapat menginsafkan para pembaca. Boleh dikatakan aku sentiasa beli buku keluaran terbaru beliau walaupun bajet untuk bulan ni sedikit sesak.

REVIEW BUKU | THE LAST KINGDOM SKYFALL & GHOST PROTOCOL By HADI FAYYADH
SINOPSIS

Sejarah empayar purba nusantara yang dibina, bukanlah siap hanya beberapa hari, ia menyaksikan bagaimana pemimpin Melayu yang hebat ketika itu mampu mengemudi bahtera kerajaannya sehingga sukar dikalahkan musuh. Pelbagai keagungan dan kehebatan yang perna diraih akhirnya lenyap dan dipadam oleh mereka yang menang.

Namun, penjajah tidak mampu melenyapkan semua debu-debu keagungan yang mereka percaya bakal bangkit di akhir zaman ini. Mereka sedar di kalangan bangsa itu akan wujud tentera-tentera hebat yang jitu sambil melaungkan Allahuakbar. Battalion tentera Tauhid akan muncul dari segenap penjuru timur.

Segala perencanaan ribuan tahun akan dilumpuhkan dengan bantuan kuasa dari Langit. Imam Al-Mahdi dan Nabi Isa a.s. akan mengetuai kembara merentas timur dan barat mengejar susuk Dajjal sehingga dia dibunuh. Panji ketauhidan bakal merubah lanskap dunia.

Nusantara akan kembali bercahaya dengan Kalimah Tuada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Nabi Muhammad adalah hamba dan utusan Allah yang pernah dilenyapkan oleh penjajah bertopengkan Freemanson dan Iluminati ini. Ayuh selusuri perjalanan hebat ini, THE LAST KINGDOM: Skyfall & Ghost Protocol. Di sini bermula dan berakhirnya sebuah tamadun.


REVIEW

 Antara topik yang aku suka ialah janji yang digeruni yahudi dan Melayu adalah bangsa misteri. Banyak tentang sejarah Melayu dikupas oleh penulis tapi ada sesetengah bahagian yang tidak dijelaskan secara mendalam. Kadang tu, aku sendiri tak faham apa yang cuba disampaikan oleh penulis. Aku perlu baca berkali-kali untuk fahamkan isi yang ingin disampaikan.

SETIA ATAU TIDAK

Adakah aku setia dan akan beli lagi buku daripada penlis Hadi Fayyadh? Mestilah! Setiap buku yang dikeluarkan oleh beliau, Insyaallah aku akan cuba beli. Daripada dulu hingga sekarang aku adalah peminatnya.

 

Catat Ulasan

1 Ulasan