Assalamualaikum.
Novel Santet ini sudah lama saya selesai baca tetapi baru ini saya ada kesempatan untuk menulis. Jujur saya katakan, bahawa perasaan saya untuk meneruskan blog ini sangatlah tipis. Semakin lama semakin malas dan ketiadaan idea untuk blog ini. Sekiranya korang perasaan, nak menulis sebulan sekali pun belum tentu saya akan buat.
Tapi kali ini saya cuba untuk kuatkan hati dan menulis review ringkas mengenai novel Santet oleh Saat Omar. Novel ini diberi pada saya makanya ia adalah novel yang sangat istimewa walaupun keadaan buku ini boleh dikatakan hanya menunggu masa untuk terkoyak. Saya habiskan masa 1 hari untuk selesaikan bacaan dan banyak bahagian yang buat saya sering ketawa berdekah-dekah.
![]() |
Santet - Saat Omar |
Tajuk: Santet
Penulis: Saat Omar
Muka Surat: 354
Penerbit: Fixi
Tarikh Terbit: 2014
ISBN: 9789670750101
Genre: Komedi Seram Cinta
Dukun Hitam yang sudah bersara kini tinggal di pelusuk kampung, cuba menjauhkan diri dari masyarakat. Dia didatangi seorang perempuan kaya, Mariam, yang mahu mengupahnya mengenakan ilmu hitam dengan membusungkan perut bekas suaminya dengan lintah, satu teknik yang menjadi kepakarannya.
Kesuntukan wang memaksa Dukun Hitam menuruti kehendak Mariam. Kemudian muncul Boni, pakar sihir burung, seteru utamanya dalam bidang perdukunan yang cuba membuat perhitungan terakhir. Selain itu Dukun Hitam juga menghadapi ancaman dari Voodoo Man, sekumpulan kartel dadah Mexico dan seekor lintah handal yang diberi nama Timothy Dalton.
Tapi komplikasi utama ialah apabila Dukun Hitam diam-diam jatuh hati pada Mariam...
10 Ulasan
hahahaha kelakarnya part hantu raya naik kapal terbang jadi hantu oversea tu. Macam mana dia nak balik Malaysia dah. Boleh survive tak dekat luar tu
BalasPadamTengok kulit buku rasa geli geleman tengok lintah tuh haha ! Ceritanya macam menarik je ye siap boleh jadi hantu overseas lagi. Terima kasih sharing review.
BalasPadamdah lama tak baca novel melayu. sounds interesting. menarik untuk di baca dan boleh tau pasal santet jugak
BalasPadamRawlins pernah membaca buku ini dan teringat babak-babak lucu apabila hantu raya naik kapal terbang tu. Dulu berjinak-jinak membaca novel seram dengan Buku Fixi, now dah beralih ke penerbitan lain hehe
BalasPadamnice. byk cerita dlm satu buku.
BalasPadamnamun, at the end tu mcm kelakar. mcm anti klimaks.
"hantu oversea?" hantu raya kena tinggal? hi hi hi hi...
aida pernah sekali beli novel di shopee. utk anak.
murah dari di luar, kan :)
Oo santet tu daripada perkataan indonesia rupanya. Patutlah bunyinya macam pelik, macam tak pernah dengar.
BalasPadamBaca tajuk aje dah tau dah mesti pasal ilmu hitam.. macam filem indonesia tu kan.. Sis kalau layan movie boleh, tapi kalau baca buku jenis gini takut hahahaha
BalasPadamMenarik2! No wonder you mentioned komedi plus seram :) Ending pun macam kelakar jer.. hantu oversea :P .. serious salute you guys boleh habiskan a novel in a day.. (Y) I normally spend days untuk habiskan chapter by chapters.. :)
BalasPadamwhat a great review. this looks like such a fun book to read. cant wait to add it to the list!
BalasPadamwhat a great review and the book is so interesting. would love to read em one fine day nanti
BalasPadam