COCA COLA STRAWBERRY DARI FAMILY MART


Assalamualaikum.

Dah cuba coca cola strawberry dari Family Mart? Aku baru tau pasal air ni bila adik aku beli dan katanya susah juga nak jumpa dekat sini. Adik dapat tahu pasal coca cola strawberry ni pun selepas dia tengok video review makanan yang orang selalu panggil mukbang.

Tapi aku malas nak beli bukanlah disebabkan harga mahal tapi aku ni bukanlah jenis yang suka cuba makanan atau minuman baru. Selalu sangat bila aku beranikan diri mencuba, memang 100% tak sedap dan akhirnya membazir duit.

Jadi aku ambil keputusan untuk minum air yang sudah dibeli oleh adik ni je. Mulanya aku ingatkan air coca cola ni lebih rasa strawberry ni dan tiada rasa gas langsung. Tapi sangkaan aku meleset bila aku buka penutup botol air ni. Gas air coca cola berebut-rebut nak keluar dari botol ni dan terus masuk dalam hidung. Boleh tahan kuat juga gasnya. 

Aku pun minum dan bagi aku rasa strawberry sangat minima dan gas yang ada dalam air coca cola ni sangatlah tinggi. Rasa gas lagi power dari air coca cola biasa. Dan bagi aku tak sedap untuk diminum disebabkan terlalu bergas.

Korang dah rasa ke coca cola strawberry ni?

Post a comment

1 Comments

  1. Tengok packaging macam sedap ja haha.
    Tapi bila kata rasa gas dia ja yang kuat tak nak la beli.

    ReplyDelete