Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Ticker

COCA COLA STRAWBERRY DARI FAMILY MART


Assalamualaikum.

Dah cuba Coca-Cola strawberry dari Family Mart? Harga air ni aku tidak berapa pasti. Aku baru tau pasal air ni bila adik aku beli dan katanya susah juga nak jumpa dekat Malaysia. Dalam kepala aku mulalah berfikir, apa istimewanya air ini? Coca-cola je pun. Yang berbeza hanyalah perisa. Mungkin edisi terhad kot. Dalam masa yang sama, adik bercerita dia baca mengenai Coca-Cola strawberry ni selepas dia menonton video review makanan yang orang selalu panggil mukbang. Biasa dengar kan? Mukbang lebih dikenali sebagai rancangan makan. Kalau dah bermula dengan satu video, percayalah mesti akan nak tengok video yang setersunya.

Macam biasa aku malas nak masuk kedai dan beli bukanlah disebabkan harga mahal tapi aku ni bukanlah jenis yang suka mencuba makanan atau minuman baru. Selalu sangat bila aku beranikan diri mencuba, memang 100% tak sedap dan akhirnya membazir duit. Tak tahulah kenapa malang sangat nasib aku bila tengah berkobar-kobar untuk mencuba sesuatu yang baru.

Jadi aku ambil keputusan yang sangat mudah iaitu minum air yang sudah dibeli oleh adik ni je. Mulanya aku ingatkan air Coca-Cola ni lebih rasa strawberry ni dan tiada rasa gas langsung. Tapi sangkaan aku meleset bila aku buka penutup botol air. Gas air coca cola berebut-rebut nak keluar dari botol ni dan terus masuk dalam hidung. Fuhh sakit !

Aku pun minum dan bagi aku rasa strawberry sangat minima. Manakala gas yang ada dalam air Coca-Cola ni sangatlah tinggi. Rasa gas lagi power dari air Coca-Cola biasa. Pendapat aku memang tak sedap untuk diminum disebabkan terlalu bergas.Jadi, sampai ke petang aku tidak henti-henti sendawa gas sahaja. Tobat lah selepas ni. Tidak akan aku minum lagi. Baik aku minum air Coca-Cola biasa tu. Sekurang-kurangnya tidaklah aku sendawa sampai sudah.

Korang dah rasa ke coca cola strawberry ni? Kena atau tidak dengan selera? Atau sama seperti aku?

 

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Tengok packaging macam sedap ja haha.
    Tapi bila kata rasa gas dia ja yang kuat tak nak la beli.

    BalasPadam