Alhamdulillah . Akhirnya aku dah habis semester 1 untuk Diploma Perladangan dan Agroteknologi (DPIM) . Banyak benda yang aku belajar sebenarnya sepanjang aku berada kat sini. Walaupun tak da lah jauh mana dari negeri asal but you will know when you get here. Jalan nak ke sana sangatlah seram kalau lalu waktu malam.
Dulu, bila aku waze UiTM Jasin, tak keluar pun wei. Ikut je lah signboard yang ada, lepas tu masuk jalan yang kiri kanan kelapa sawit sampai terfikir biar betik ni dah masuk kawasan ladang.
Dulu, bila aku waze UiTM Jasin, tak keluar pun wei. Ikut je lah signboard yang ada, lepas tu masuk jalan yang kiri kanan kelapa sawit sampai terfikir biar betik ni dah masuk kawasan ladang.
But sebelum tu ni yang aku study for the whole 1 semester. Semua belajar dalam English kecuali CTU.
CTU 101 – Pendidikan Agama .
- Ada hafal surah.
- Jadi siapa yang tak pandai mengaji, siap sedia lah download apps quran. Lagi bagus yang ada bacaan supaya senang baca dan hafal.
- Tak silap aku surah Yassin yang wajib hafal.
- Dah hafal, baca depan ust/ustzh dan dapatlah markah hafazan nanti. Jangan baca sambil lewa walaupun kau tak pandai mengaji. Tunjukkan pada lect yang kau memang bersungguh sungguh menghafal.
CHM 138 – Basic Chemistry.
- Nama pun basic kimia. Siapa yang belajar kimia masa sekolah untunglah korang.
- Kalau tak belajar pun takpa. Lect akan ajar daripada awal. In case kalau kau bengap macam aku, rajin rajin lah tanya lect dan kawan kawan. Jangan senyap je nanti fail kena repeat balik.
ELC120 – English.
- Belajar English macam biasa.
- Persediaan untuk Muet. Walaupun dah ambil MUET, korang wajib juga belajar English tapi tak perlu ambil MUET semula.
- Masa ni aku ingat yang kitaorang kena berlakon. Lect nak tengok kefasihan korang bercakap English dan betapa cepatnya otak korang fikirkan dialog. Ini spontan punya tau dan ada markah individu. Jadi pilihlah partner yang tak awkward dan pandai cakap omputih.
MAT 112 – Business math.
- Dah kalau math biasa pun aku bangang, ini kan pulak business math.
- Bagi aku subject ni sangat susah sebab aku tak pandai math. Walaupun masa sekolah aku ambil prinsip akaun dan ambik add math, aku tetap tak paham paham subject ni.
AGR 122 – Plant Science.
AGR 160 – Field Practical.
- Masuk ladang. Field practical ni ada sampai Sem 3 setiap Jumaat.
- Tapi waktu 1st sem je perit. Naik 2nd & 3rd sem dah ok sebab korang akan biasa dengan waktu dan aktiviti masa ladang.
- Lama-lama korang akan ternanti nanti hari Jumaat. Yelah. Korang masuk ladang lepas subuh dan balik kolej pukul 12. Mana tak seronok kan.
- Tapi, ada tapinya. Walaupun Jumaat kena turun ladang, sesetengah jadual ada kelas. Start lepas solat Jumaat. Haa jadual gini memang haru. Orang lain sibuk tido tapi aku sibuk gi kelas. 3 sem aku terkena macam ni.
HBU – Kokurikulum.
- Diberi 3 pilihan untuk masuk unit uniform yang berkenan dan antara 3 tu korang akan dapat salah 1 je. Dan bukan korang yang pilih tau. Tak semestinya pilihan pertama tu korang akan dapat masuk. Selalunya no 3 tu lah yang diaorang akan kasi. Nanti akan keluar list nama setiap pelajar untuk setiap HBU.
Part paling mencabar dan berjaya buat aku menangis sebab banyak benda segala benda aku uruskan sendiri , aku pergi jumpa staff dan pegawai sana sini. Atas sebab sebelum ni aku ada dapat 2 tawaran iaitu Diploma Pengurusan Perladangan dan Agroteknologi dan Pengurusan Perpustakaan. So aku terima untuk DPIM, atas masalah technical, pendaftaran aku ditangguhkan dulu.
Aku kenal dan aku tau kena jumpa pegawai mana kalau aku ada problem dan aku sangat2 berterima kasih sebab ada je yang sudi dok melayan kerenah aku sampai mereka pun dah boleh ingat nama aku , selalu jumpa punya fasal.
Aku suggest kalau korang kena masalah yang sama just chill and rilex sebab pegawai kat situ memang laju buat kerja. And on top of that korang akan belajar erti kesabaran dan please jangan menangis macam aku haha.
Aku kenal dan aku tau kena jumpa pegawai mana kalau aku ada problem dan aku sangat2 berterima kasih sebab ada je yang sudi dok melayan kerenah aku sampai mereka pun dah boleh ingat nama aku , selalu jumpa punya fasal.
Aku suggest kalau korang kena masalah yang sama just chill and rilex sebab pegawai kat situ memang laju buat kerja. And on top of that korang akan belajar erti kesabaran dan please jangan menangis macam aku haha.
Masa pembahagian kelas, aku tengok nama aku takda. So masuk lagi ofis dan akhirnya aku kelas paling last dan paling tak ramai student. Ada 16 orang termasuk aku. Problem solved! Tapi masalah lain timbul pulak sebab aku tak jumpa dan tak tau mana kelas aku, siapa classmate aku dan apa yang aku patut buat ni sebab masa aku jumpa pegawai, student lain dah jumpa member sama kelas.
Tanya senior semua tak tau. Fedup aku terus balik kolej dengan panas teriknya. Ini pun jangan contohi tau. Tapi paling tak boleh blah sebenarnya kat sini terkenal dengan monyet dan aku boleh tak sedar monyet ni ada kat sebelah aku. Nak lari tapi perjalanan tersekat sebab pakai baju kurung.
Tanya senior semua tak tau. Fedup aku terus balik kolej dengan panas teriknya. Ini pun jangan contohi tau. Tapi paling tak boleh blah sebenarnya kat sini terkenal dengan monyet dan aku boleh tak sedar monyet ni ada kat sebelah aku. Nak lari tapi perjalanan tersekat sebab pakai baju kurung.
Untuk field practical ni sebenarnya korang kena masuk ladang dan tanam sayur sayuran. Dan special bagi orang macam aku yang tak pernah dan geli dengan tanah korang kena jugak dan wajib pegang tanah. Perasaan bila tanaman korang dah mula tumbuh , tengok dia membesar atau layu (macam aku punya) semua ada. Supervisor aku selalu ingatkan yang kita ni hanya boleh tanam dan jaga tapi kita kena ingat yang tumbuhkan, hidupkan sayur kita ni hanya Dia .
Field Practical diadakan setiap hari Jumaat. Masa aku sem 1, lepas subuh je wajib ada dekat tempat roll call dan setelkan ambil kehadiran. Kalau ada yang datang lambat memang 1 batch kena bantai. Masa tu aku terfikir kenapa lah aku masuk sini :p
PAKAIAN UNTUK MASUK LADANG DPIM.
1) Tshirt.
Tshirt lengan panjang untuk perempuan. Kelabuhan tshirt wajib bawah punggung sebab kat ladang korang akan buat kerja lasak seperti mencangkul dan senaman. Nak pakai tshirt muslimah pun digalakkan. Untuk lelaki, tshirt lengan pendek berkolar. Warna gelap sebab korang akan main dengan tanah, tidak ketat dan tidak jarang.
2) Jeans.
Tak boleh jeans ketat melekat yang korang bawa pergi jalan tu. Percayalah cakap aku kalau korang tak nak kena maki depan orang ramai hanya disebabkan seluar. Jeans kena besar sebab nanti nak buat senaman.
3) Stoking.
Bukan stokin pendek kontot yang orang panggil baby socks. Ini nak masuk ladang weh bukan nak pergi jalan-jalan. Nak senang kau pakai je stoking sekolah. Wajib pakai setiap kali masuk ladang.
4) Kasut sukan.
Beli warna gelap sebab kasut korang tu memang akan kotor. Nak beli yang mahal pun boleh tapi masa sem 1 kasut korang akan hancur sebab selalu sangat pakai.
5) Tudung bawal.
Semua wajib pakai tudung bawal termasuklah perempuan free hair kecuali non-muslim. Tudung bawal pula wajib bidang 45 dan ke atas. Tak boleh pakai tudung bidang 43/40. Senang cerita tudung tak senonoh lah. Lagi sekali aku ingatkan. Tudung bawal tau bukan shawl. Korang nak pakai shawl, pakai masa kelas je.
Peralatan yang perlu dibeli. (Bergantung pada SV masing-masing)
- Kasut boot.
- Gloves biasa.
- Topi jerami.
- Mini tools.
- Air wajib bawak.
- Notebook yang boleh masuk dalam poket.
- Pen
ps: Aku dah update info pasal subject kat atas tau.
ps: Pasal pakaian tu korang ikut je apa aku cakap. Nanti korang juga beruntung takdalah sakit telinga bila kena hamun dengan sv. Mula2 je sakit hati tapi bila jumpa kat luar boleh je buat kawan :)
Last update: 23/1/2020
Last update: 23/1/2020
61 Ulasan
Salam..
BalasPadamAkak..boleh saya tanya.. masa spm..akak aliran sains ke dulu?
Auni dapat DPIM ni. Untuk makluman akak..
Auni dari aliran sastera..
Saya ambik akaun dulu
PadamAkak.. macam mana pembelajaran dia erk? Susah sangat ke senang je?
BalasPadamMajoriti subjek kena guna pemikiran ke utk jawab? Ke main hafal?
Auni pergi mana2 pun sama je belajar. Cuma nak dengan tak nak je. Ladang ni belajar semua benda dari bio sampai akaun. Untuk sem 1 -3 senang je dah masuk 4 dgn 5 mmg susah jugak
Padamhaii.. nk tnya bole. kos DPIM ni berapa sem??
BalasPadamhai akak,saya pun student uitm jasin. kos fpa jugak
BalasPadamhiiiiiiiiiiiiiii
Padamakak aliran sastera pun bole ambik ke kos ni walupun tak ambik akaun?
BalasPadamRamai je dulu kawan saya tak pernah langsung ambil akaun:)
PadamHai kak ,kat sana language more kpd bi ke ?
BalasPadamye semua english kecuali yang belajar agama
Padamfully english ke sis.nk tnya jgk ade kls utk improve bi ke
PadamUiTM memang semua english. takda kelas nak improve english. pandai2 sendiri jumpa lect dan belajar
PadamHai kak .Nk tnya kos ni more language bi kan ?
BalasPadamdari sem 1 sampai sem 5 memang semua english :)
PadamAsalam , nk tnye susah ke x bio ngan kimia ni ? Saya ni bab sains slow sikit tpi physic C , chemistry D agak leh bwk x kos ni ?
BalasPadamSaya yang tak belajar kimia masa sekolah pun boleh lulus. Jangan risau lah ye. Semua lect sangat membantu. Kena rajin tanya kalau tak faham :)
PadamAssalam, course degree apa yg boleh smbung nnti ye? And tawaran kerja dlm bidang ni mcm mana?
BalasPadamwaalaikumussalam. maaf ye saya tak sambung deg jadi tak ambil tahu. kalau kerja semua bidang boleh masuk sebenarnya. dip ni cuma tiket je untuk kerja tapi majority lelaki jadi asst manager
PadamAssalam kak kalau Baju nk gi ladang Tu kene Baju muslimah ke? T-shirts boleh tak
BalasPadamTshirt lengan panjang. Tak boleh tshirt lengan pendek lepas tu pakai inner kt dalam ye. Baju wajib longgar dan tutup punggung. Seluar pun wajib longgar, kalau dah memang mmpuih ler kena first day nanti :)
PadamMcm mne bdak akaun boleh ambik course ni sdgkan time saya kena budak pure sains baru boleh ambik course ni ?
BalasPadammana lah saya tau wahai unknown. batch saya bersepah budak2 akaun :)
PadamAssalamualaikum kak. Mcm mana dgn subjek kimia kak? Means ,ape yg kita belajar masa f5 ,ada apply ke dlm uitm ni?
BalasPadamwassalam. saya tak ambik kimia masa f5 jadi tak tahu. ni basic kimia je
PadamMcm mne dgn cara pemakaian di uitm jasin, Isnin hingga jumaat?
BalasPadammcm mne cara pemakaian di uitm jassin, isnin hingga jumaat?
BalasPadamisnin: kemeja
Padamselasa- khamis: baju sahsiah rupa diri. (berkolar)
jumaat: baju ladang
salam sis boleh tak saya nak chat dengan sis secara peribadi
BalasPadamtak cukup peribadi ke ni? haha
PadamAssalam...masa second intake dulu saya pilih diploma in science pas tu keluar keputusan lain pulak sya dapat...DPIM....saya rasa frust sangat² so kak ade tak nasihat utk saya
BalasPadamkenapa nak frust? Adam ingat saya minat ke ladang ni? Pegang tanah pun geli tau. Tapi saya pergi jugak belajar n guess what? Boleh je dapat DL walaupun tak minat. Tapi masa mua2 je tak minat tu, nanti lama2 akan jadi seronok. Memang rasa takut frust tapi take it as a new
Padamexperience. Bila lagi nak masuk ladang kelapa sawit, nak bangun sebelum subuh, nak jaga batas sendiri macam jaga anak, belajar bawak tractor? Setiap minggu hari Jumaat akan belajar benda baru bukan duduk dalam kelas je. Adam pergi je dulu. Belajar untuk 1 sem dan kalau masih lagi tak suka dan tak boleh bawak, bincang dengan parents dulu dan buat solat istikharah. Ada sebab kenapa Allah kasi Adam masuk Dpim dan bukan apa yang Adam nak. Mungkin Adam fikir dip in science yang bagus tapi hakikatnya Allah yang lebih tau.
klau degree saya boleh sambung apa ye.....
Padamboleh je sambung apa2. takda masalah pun.
PadamMasa exam semua subjek perlu jwb dlm bahasa English ke?
BalasPadamye. UiTM semua english
PadamSalam kak saya lepasan spm dapat tawaran pengurusan perladangan uitm, nak tanya kak nanti dah habis belajar perkerjaannya apa kak?
BalasPadamwassalam. kerja apa2 pun boleh. tak semestinya kena kerja ladang. macam saya skrg kerjaa bahagian retail dan masa IV SPA pun saya dapat pembantu SU.
PadamDPIM ni ade berapa subjek?
BalasPadammemang ade 6 subjek je ker?
BalasPadam6-7 subjek 1 sem.
PadamYg pure science tapi drop bio , boleh ke masuk DPIM ?
BalasPadamboleh jerrrrrr
PadamAssalamualaikum kak , sye nak tnya akk thu tk berapa yuran untuk bidang ni ? Sye dripada Kursus Operasi Mekanisasi ladang , Skm level 2 under MPOB sepatutnya sye nak masuk level 3 , tpi lecturer sye bnyak suggest kan sye amik bidang dip ni sbb result sye elok . Sye keliru kak , sama ada sye perlu smbung skm level 3 selama setahun atau sye ikut ckp lect amik dip ni . Katanya supaya tidk membuang masa sye . Mohon Penjelasan .
BalasPadamAssalamualaikum kak ,Sye Puteri . Sye masih beljr dlm Kursus Operasi Mekanisasi Ladang , Skm level 2 under MPOB . Lepas level 2 sepatutnya sye boleh smbung level 3 , selama setahun . tapi lecturer sye bnyak suggestkan sye untuk amik bidang dip ni leps sye level 2 nnti , sbb mereka sdg buat pemilihan kemasukan level 3 . Tapi sye digalakkan amik dip ni kerana keputusan spm sye , Alhamduliah memberansangkan .Sye keliru , sama ada sye perlu ambil bidang dip ini , atau sye perlu smbung skm level 3 selama setahun . Katanya agar tidk membuang masa setahun sye selama skm level 3 .
BalasPadamwassalam. benda macam ni puteri kena bincang dengan family jangan buat keputusan terburu-buru. apa yang lect cakap tu berdasarkan keputusan spm puteri tapi kalau hati puteri xnk masuk dpim pun masalah juga. Bila nak belajar kena pastikn kita minat kalau tak memang akan jadi susah. Bila dah bincang dengan family, puteri boleh buat solat istikharah pula ye.
Padamsalam sis. kos agrotech boleh jd pengurus ladang tak? tq
BalasPadamwassalam. boleh. nak keje apa pun takda masalah
PadamSalam kak...sye daripade pelatih kursus operasi mekanisasi ladang (koml) under mpob...umur skrg bru 18 ambik skm tahap 2...tahun depan 19 ambik skm tahap 3...adekah sye kene keje terus atau sambung belajar lagi??...untuk sye naik sebagai pegawai ape ptt sye ambik kak?
BalasPadamSalam kak,spm bi tak kredit boleh masuk ke perladangan.
BalasPadamwassalam. boleh baca info kat upu
PadamSalam kak. Saya nak tanya kalau² akak tahu,a bezanya course pertanian UPM dan Dpim di UiTM ini? Kot² ada org bercerita mengenai ini...
BalasPadamwassalam. saya tak tahu
PadamYuran pendaftaran sem baru brp?
BalasPadamAssalamualaikum akak, saya tahun ni diterima masuk course pengurusan ladang..nak tanya pakaian tu utk semua kawasan UiTM kan??
BalasPadamWassalam. Ye
PadamHuhu.. here DPIM arau.. sem ni practical..
BalasPadamAssalamualaikum kak nak tanya subjek mandarin boleh tambah ke?...saya masih sekolah lagi
BalasPadamwassalam. takda. masuk deg baru ada
PadamAkak dulu ada ambik Subjek Bio ke masa sekolah Menengah?
BalasPadamHi, Akak dulu ada ambik Biologi ke masa sekolah menengah??
BalasPadam